Posts

Showing posts from May, 2011

BERISTIGHFAR UNTUK JALAN KELUAR DARI SETIAP KESULITAN SERTA MENJAUHKAN PIKIRAN YANG BERCELARU DAN RESAH (STRES)

Hadith:  Dari Ibnu Abbas R.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW: Barang siapa yang melazimkan istighfar , maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesempitan, kelapangan dari setiap kegelisahan, dan memberinya rezqi dari arah yang tidak disangka-sangka.” {Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah} Huraian: Betapa besar dan manfaat dan keberkahan yang diperoleh dari membaca istighfar sebanyak-banyaknya . Betapa banyak orang yang telah bersusah payah siang dan malam membanting tulang mencari ketiga hal tersebut, sementara mereka lupa membaca istighfar. Pada hal ini adalah resepi yang amat mudah serta diyakini kebenaran dan keberhasilan jika diamalkan dan digunakan dengan benar-benar, kerana inilah janji Allah SWT dan Rasulnya. Wahai Manusia, ketahuilah bahawasanya kejayaan dan kebahagiaan hanya diletakkan oleh Allah SWT dalam agama yang sempurna. Yakni sejauh mana Kita mentaaati seluruh perintah Allah SWT, bererti kita mengamalkan agama se

Kenapa kita stres??

SUDAHLAH kelam-kabut ke tempat kerja kerana terlambat bangun tidur, di perjalanan pula berlaku kemalangan yang menyebabkan kesesakan teruk. Dalam hati sentiasa berdoa supaya lalu lintas segera pulih bagi membolehkan diri cepat sampai ke pejabat. Namun masa semakin menginjak sedangkan kereta masih tidak bergerak dan ada kala merangkak-rangkak. Aduh, kacau dibuatnya. Keadaan begini pastinya membuatkan seseorang stres dan membayangkan alangkah baiknya jika kenderaan yang anda pandu boleh terbang bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Ahli psikologi klinikal Gleneagles Kuala Lumpur, Maureen Lim, berkata stres atau tekanan ialah tindak balas fizikal, emosi dan mental terhadap sebarang perubahan atau tuntutan yang melebihi had atau kapasiti kemampuan seseorang. Pelbagai punca menyebabkan stres dan ia berbeza bagi setiap individu atau masa. Walaupun stres sering dikaitkan dengan sesuatu yang negatif, kadangkala ia boleh memberi motivasi untuk kita memperbai

MEMELIHARA RAHSIA ORANG ISLAM

Dikeluarkan oleh Abu Nuai’m di dalam Al-Hilyah daripada Umar R.a katanya:” Anak perempuanku, Hafsah telah menjadi janda akibat kematian suaminya yang bernama Khunais bin Huzafah As-Sahmi R.a,  yang merupakan salah seorang sahabat Rasullullah SAW yang turut menyertai peperangan Badar . Beliau telah meninggal dunia di Madinah. Oleh yang demikian , aku menemui Abu Bakar R. a Dan berkata kepadanya : “ Jika kamu mahu, aku akan mengahwinkan kamu dengan Hafsah binti Umar,” Tetapi Abu Bakar  R.a tidak memberikan sebarang jawapan kepadaku. Aku pun menunggu-nunggu jawapan beberapa malam hinggalah Rasullullah SAW masuk meminang Hafsah bagi dirinya. Justeru itu, aku pun menikahkan Rasullullah SAW dengan Hafsah.                 Kemudian dari itu, Abu bakar R.a telah menemuiku dan berkata:” Aku kira sejak kamu menawarkan perkahwinan Hafsah denganku dan tindakanku untuk mendiamkan diri tanpa memberi sebarang jawapan kepada tawaran itu telah membuatkan kamu sakit hati kepadaku”. Aku pun

Kelebihan Surah Al-Waqi’ah (Jalan Keluar Kersempitan Hidup dan Menghindari Dari Kefakiran)

Hadith:  Ibnu Mas’ud R.a meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda: “ Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi’ah pada setiap malam, tidak akan diitimpa kepadanya  kefakiran ” Ibnu Mas’ud R.a telah menyuruh anak-anak perempuan beliau membaca surah ini pada setiap malam. Keterangan: Kelebihan-kelebihan Surah Al-Waqi’ah juga diberikan didalam beberapa banyak hadith. Ada  satu riwayat yang memberi kesan bahawa sesiapa yang membaca surah Al-Hadid, Surah Al-Waqi’ah dan Surah  Ar- Rahman, akan dihisab sebagai penghuni-penghuni Jannatul Firdaus (tingkat syurga yang paling tertinggi) . Didalam Hadith yang lain  ada dinyatakan bahawa “ Surah Al-Waqi’ah ial-lah Surah Al-Ghina . Bacalah ia dan ajarkanlah kepada anak-nak kamu.” Riwayat yang lain menyebut: “ Ajarkanlah kepada isteri-isteri kamu”. Hazrat Aisyah R.ha diberitakan telah menegaskan akan pembacaannya. Tetapi malangnya kita yang serba lemah ini hanya membacanya untuk keuntungan dunia secebis ini. Namun sekir

MENGINGAT AKAN MATI

Hadith : Baginda SAW bersabda:,” Aku telah memohon kebenaran untuk menziarahi kubur ibuku. Aku sudah menerima izin untuknya. Hendaklah kalian pergi ketanah perkuburan sebab amalan ini memperingatkan mati.”  Di dalam sebuah Hadith yang lain telah dinyatakan bahawa dengannya (menzirahi tanah perkuburan)akan mendatangkan pengajaran. Hazrat Abu Zar R.a  berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada beliau,” Biasakanlah dirimu untuk menziarahi tanah perkuburan. Dengannnya kamu dapat memperingati akhirat. Mandikanlah kepada mayat-mayat kerana itulah pengubatan bagi badan yang kosong (dari kebajikan). Daripadanya akan diperolehi nasihat yang besar. Sertailah solat jenazah mudah-mudahan kamu akan mendapat sedikit kegelisahan dan kesedihan kerana orang yang sedih (kebimbangan untu akhirat) adalah dibawah naungan Allah dan menjadi orang yang mencari kebaikan.”[Targhib] Hadrat Abu Haameed Lafaf Rahmatullah alaih berkata bahawa sesiapa yang banyak Mengingati mati  maka

KEPENTINGAN AWAL WAKTU DIHARI JUMAAT

Dari Abu Hurairah R.a meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah SAW bersabda:  “Apabila tiba hari Jumaat malaikat akan berdiri dipintu masjid dan akan menulis orang-orang yang datang kemasjid. Orang yang datang dahulu akan ditulis dahulu dan orang yang datang kemudian akan ditulis kemudian, (begitulah seterusnya). Orang datang diawal hari ganjarannnya adalah seumpama orang yang bersedeqah seekor unta, dan selepas daripada itu adalah seperti seorang bersedaqah seekor lembu, dan selepas daripada itu seperti seorang yang bersedaqah seekor kibas, dan selepas daripada itu dalah seperti seorang bresedaqah seekor ayam. Dan slepas daripada itu adalah seperti seorang yang bersedaqah sebiji telur .Dan apabila Imam datang untuk membaca Khutbah maka malaikat akan menutup buku catitannya dan mereka semua sibuk mendengar khutbah”. {Hadis Riwayat Bukhari}

Wajah Abu Dujanah Yang Bercahaya Sewaktu Sakit

Dikeluarkan oleh Ibnu Sa’ad daripada Zaid bin Aslam R.a katanya: “Beberapa orang telah masuk menziarahi Abu Dujanah sewaktu beliau sedang sakit. Wajahnya bercahaya-cahaya walaupun beliau dalam keadaan sakit. Maka seseorang telah bertanya kepadanya: Apakah yang menyebabkan wajah kamu bersinar-sinar?”            Abu Dujanah menjawab: “ Aku tidak mempunyai lain-lain amalan dimana aku bergantung kepadanya melainkan dua amalan: salah satu daripadanya aku tidak akan bercakap melainkan dengan sesuatu yang memberi manfaat kepadaku (yang berkaitan denganku) dan aku sentiasa menjaga kebersihan hatiku terhadap kaum muslimin.”

MEMELIHARA HATI DARI SIFAT TIDAK IKHLAS DAN HASAD

Kisah Abdullah bin Amru R.a  dan Seorang Lelaki Yang Telah Diberi Khabar Bahawa Beliau Adalah Ahli Syurga Telah dikeluarkan oleh Ahmad dengan isnad hassan dan An-Nasa’ei Daripada Anas bin Malik R.a katanya :” Kami telah duduk bersama-sama Rasullullah SAW  Tiba-tiba Rasullullah SAW pun bersabda “ Telah muncul dihadapan kamu seorang lelaki daripada ahli Syurga.” Kelihatan seorang lelaki Ansar yang mengurut-urut janggutnya dengan basahan air wuduk sambil beliau memegang sepasang kasutnya ditangan kirinya . Keesokan harinya , sekali lagi baginda Rasullullah SAW bersabda sedemikian rupa , dimana sekali lagi lelaki itu hadhir seumpama kali yang pertama .Pada hari yang ketiga , Rasullullah SAW  juga telah bersabda dengan perkara yang sama . Lelaki itu muncul juga seumpama kemunculannya pada kali yang pertama.                     Apabila Rasullullah SAW keluar daripada majlisnya, Abdullah bin Amru R.a pun mengikuti lelaki Ansar itu dan bertanya kepadanya: “ Sesungguhnya aku t

Membenci Dosa Yang Dilakukan Bukannya Membenci Si Pendosa

Larangan Abu Ad-Darda’ R.a dari mencerca pendosa: Dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Abu Qalabah bahawa Abu Ad-Darda’ R.a  telah melewati seorang lelaki yang telah melakukan dosa. Orang ramai telah mencercanya. Oleh itu, Abu Ad-Darda’ R.a  pun bertanya kepada mereka:”Jika kamu menjumpainya didalam sebuah telaga, adakah kamu akan mengeluarkannya dari telaga tersebut?”. Mereka menjawab”Ya.” Abu Ad-Darda’ R.a pun berkata:” Oleh yang demikian, janganlah kamu mencerca saudara kamu dan hendaklah kamu semua memuji Allah SWT yang memaafkan  kamu!” Mereka pun berkata :”adakah kamu tidak membencinya.” Abu-Addarda’R.a  menjawab:” adapun aku hanya membenci amalan buruknya itu dan sekiranya beliau meninggalkan amalan buruknya, maka beliau adalah saudaraku.” {Sebagaimana dalam Al-Kanz. Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim didalam kitab Al-Hilyah daripada Abu Qalabah seumpama dengannya.}

3 Amalan Yang Berkat

Kategori: Akhlak Hadith:  Dari Ibnu Mas'ud RA bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: "Manakah amal yang lebih utama?" Beliau menjawab: "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah ."  Riwayat: Bukhari Huraian Hadith:  Di dalam al-Qur'an dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah SWT.  Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya. Beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya amat besar ganjarannya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang ba

BERISTIGHFAR UNTUK KEDUA ORANG TUA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

Kategori:  Akidah  Hadith:  Dari Anas R.a Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:  ” Sesungguhnya seseorang telah meninggal kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya, sedangkan ia pernah mendurhakainya. Maka ia terus-menerus berdoa (memohon ampun) untuk keduanya, sehinggalah Allah SWT mencatatnya sebagai orang yang berbakti kepada keduanya.” { .  Hadith Riwayat Baihaqi} Dari Abu Hurairah R.a berkata, rasulullah SAW bersabda,” sesungguhnya Allah Azza wajalla mengangkat derjat hambanya yang salih didalam syurga. Maka hamba itu berkata, “ Wahai Rabbku dari mana aku dapatkan semua (kemuliaan) ini? Allah SWT menjawab, “ Dengan sebab Istghfar anakmu untukmu.” {Hadith Riwayat Ahmad} Dari Ubadah Bin Samit R.a berkata ,” Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda, “ Barang siapa beristighfar untuk orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, maka Allah SWT mencatkan baginya satu kebaikan sebagai ganti setiap (istighfar) seorang mukmin laki-laki dan perempuan.” (Hadith R

Muqaddimah Manzil

Manzil mengandungi beberapa ayat Al-Quran yang diajar oleh Rasulullah kepada Para Sahabat selaku syifa' (penawar dan ubat) bagi beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta pelindung dari sihir, gangguan jin dan lain-lain. Ubai bin Kaab meriwayatkan: "Sewaktu kami bersama Rasulullah datang seorang badwi kepada Baginda dan berkata: "Ya Rasulullah, saya ada seorang saudara yang ditimpa penyakit." Baginda bertanya: "Penyakit apa?" Jawabnya: "Sejenis gila." Rasulullah minta orang itu membawa saudaranya. Baginda membaca surah Al-Fatihah, 4 ayat Surat Al-Baqarah[1-4], ayat Wa ila hukum ilahu wahid[163], ayat kursi[255], 2 ayat seterusnya [256-257], 3 ayat akhir Al-Baqarah[284-286], ayat Syahidallahu annahu [18], ayat akhir mukminun[118], ayat Surah Jin, Wa annahu taala [3], 10 ayat Surah Was Syaffat[1-10], 3 ayat akhir Al-Hasyar[22-24], surah AL-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-nas. Kemudian orang yang sakit itu pun bangun dan pergi dari si

NASIHAT ATAS 7 PERKARA

Hazrat Abu Zar Al-Ghifari R.a berkata,” Kekasihku Rasulullah SAW pernah menasihatiku dengan tujuh perkara: 1)       Aku telah diperintahkan, sayangilah orang-orang miskin dan bergaullah dengan mereka. 2)       Aku telah disuruh agar tidak memandang kepada orang yang berkedudukan yang lebih tinngi (kaya) daripadaku supaya aku memandang kepada orang yang rendah darjatnya daripadaku (memikir akan keadaan mereka). 3)       Aku telah diperintahkan bersilaturrahim walaupun mereka yang aku bersilaturrahim berpaling daripadaku. (Yakni, orang yang aku bersilaturrahim itu menjauhi daripadaku, jauh atau tidak memeperduli kepadaku atau bersombong dengan aku,              ( walaupun ia menzalimiku) 4)       Aku diperintahkan supaya tidak meminta-minta apa-apa dari sesiapa. 5)       Aku diperintahkan untuk menerangkan kebenaran walaupun ianya pahit bagi                 sesiapa. 6)       Aku diperintahkan agar tidak memperdulikan celaan sesiapa untuk  keredhaan Allah SWT

Sikap Yang Senantiasa Bersyukur

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu melihat kepada seseorang yang melebihinya dari segi harta atau rupa maka hendaklah ia melihat juga kepada seseorang yang kurang daripadanya,.” {Muttafaqun alaih: Begitulah dalam Mishkat} Huraian: Yakni, apabila seseorang itu melihat kepada seorang jutawan dan timbul perasaan tamak serta sesal dalam hatinya, orang ini ada harta yang begitu banyak! Alangkah aku tidak mempunyai harta yang sebanyak itu! Maka hendaklah ia mencari dan melihat secara mendalam kepada seseorang yang berada dalam kesempitan , tidak berupaya dan menderita kelaparan. Dengannya akan datang rasa syukur ke Hadrat Allah SWT yang mana ia telah diselamatkan dari keadaan sedemikian.Didalam sebuah Hadith yang lain telah disuruh oleh Baginda,”Janganlah melihat kepada orang-orang yang menpunyai harta yang lebih, tetapi berfikirlah mengenai mereka yang kurang daripadamu. Maka tidak akan timbul perasaan memperkecilkan  pemberian