KELEBIHAN HARI JUMAAT

Hadith :
Dari Abu Hurairah R.a meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah SAW satu ketika pada hari Jumaat bersabda:” Wahai orang-orang Islam, Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan hari ini sebagai Hari Raya untuk kamu, oleh itu mandilah kamu dan lazimkanlah dengan bersugi gigi”,
(HR Tabrani)

Dari Abu Umamah R.a meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah SAW bersabda;
” Sesungguhnya mandi paha hari Jumaat itu menggugurkan dosa-dosa sehingga ke akar rambut (dan bulu-bulu roma)-
(HR Tabrani, Majma’u Azzawaid)

Dari Abdullah ibn Amar  ibn As R. anhunma meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda:” Barangsiapa mandi pada hari Jumaat dengan sempurna kemudian pergi ke Masjid lebih awal untuk bersembahyang Jumaat, duduk berhampiran dengan Imam dan mendengar khutbah Jumaat dengan penuh tawajjuh dan sentiasa senyap mendengarnya, maka setiap langkah yang dilangkahi untuk datang ke Masjid akan diberi ganjaran satu tahun pahala tahajud dan satu tahun pahala puasa”.
(HR. Musnad Ahmad)

Comments

Popular posts from this blog

Doa untuk suami dari isteri Solehah

Muqaddimah Manzil