ANCAMAN MELANGGARI PERINTAH ALLAH SWT

Hadith :
Dari Abu Hurairah R.a meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah SAW bersabda:
Apabila harta ghanimah dianggap sebagai hartanya sendiri, dan amanah yang diberikan dianggap sebagai miliknya , yang sepatutnya disampaikan kepada yang berhak dipakai umpama haknya sendiri. Zakat dianggap sebagai wang tebusan yang sepatutnya di keluarkan dengan perasaan gembira tetapi dikeluarkan dengan dukacita . Ilmu dipelajari bukan untuk agama tetapi untuk kepentingan dunia . Suami mentaati isteri dan tidak mentaati ibunya. Kawan dirapatinya tetapi bapa dijauhinya. Masjid-masjid dijadikan tempat bising secara terbuka. Pemimpin mesyarakat terdiri dari orang fasik. Kumpulan yang paling hina menjadi pemimpin. Orang akan dimuliakan kerana takut dan kerana menghindari dari kejahatannnya. Zahirnya penyanyi-penyanyi wanita dan muzik lebih digemari. Minuman-minuman arak menjadi kebiasaan.Ummat (generasi) yang kemudian mencaci dan memburuk-burukkan ummat yang terdahulu.  

(Ingatlah! Ketika itu akan berlaku angin merah,gempa bumi,bumi akan tenggelam, kecacatan pada wajah-wajah manusia akan berlaku, dan daripad langit turunnya hujan batu. Dan berbagai penyakit akan terus datang satu persatu seumpamam manik-manik yang terputus benangnya jatuh satu-persatu dengan laju.

{Hadis Riwayat Tarmizi}

Comments

  1. Astaqfirullah... aku baru saja berhibur dgn hiburan semasa berkursus. ampunkan aku Ya ALLAH...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa untuk suami dari isteri Solehah

GANGGUAN SEKSUAL PADA PAKAIAN