Posts

Showing posts from February, 2011

Galaxy Tab saingi iPad

Image
Sumber daripada berita harian - emm mungkin info ni cukup untuk sediakan minit dan berkongsi maklumat bersama anda semua KOMPUTER Galaxy Tab (kanan) dan komputer iPad (kiri). BERLIN, Jerman Firma Korea Selatan, Samsung Electronik semalam mempamerkan sebuah komputer terbaru dikenali sebagai Galaxy Tab bagi menyaingi populariti komputer iPad keluaran Apple Inc. Eksekutif Telekom Eropah Samsung, Thomas Richter pada pameran kepenggunaan elektronik terbesar di dunia anjuran Pertunjukan Radio Berlin (IFA) di sini menyatakan, gajet tersebut menawarkan kemudahan sidang video bergerak dan perbualan video selain fungsi Bluetooth, Wi – Fi dan rangkaian telefon pintar 3G. Menurutnya, komputer keping nipis itu seberat 380 gram dan dilengkapi skrin sentuh 18 sentimeter iaitu tiga kali ganda lebih besar daripada skrin telefon pintar iPhone tetapi kira-kira satu pertiga lebih kecil berbanding skrin iPad. Jelas Richter, Galaxy Tab didatangkan dengan sistem operasi

Kelebihan Bersegera Kemesjid Awal Waktu Hari Jumaat

Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid - Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah ."  Abu Hurairah r.a Huraian: Pengajaran hadith: i) Allah S.W.T telah melantik malaikat-malaikat yang khusus bagi mencatat kedatangan sidang jemaah mengikut tertib dan susunannya mulai dari awal waktu hingga tiba masa imam naik ke mimbar membaca khutbah. ii) Kehadiran lebih awal untuk mengerjakan solat Jumaat adalah sangat-sangat diutamakan di dalam Islam. Oleh itu amat besarlah kerugian bagi orang yang terlewat (terlepas) daripada waktu catatan malaikat tersebut

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya?? Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89) baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH... Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam. Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz"Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh" Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - "Assalamualaikum" da

Wajib Mendengar Dan Mematuhi

Hadith : Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Mendengar dan mematuhi itu wajib ke atas setiap orang Islam sama ada dalam perkara yang ia suka atau tidak suka, selagi ia tidak disuruh melakukan maksiat. Apabila disuruh melakukan maksiat, tidak harus lagi didengar dan dipatuhi” Riwayat Ahmad Dan Muslim Huraian: Pengajaran Hadith: i) Peraturan yang baik dan menjurus ke arah kebaikan hendaklah dihormati dan dipatuhi. Begitu juga perlu ada kepatuhan terhadap ketua sama ada arahannya dipersetujui atau tidak, melainkan jika arahan itu menyalahi peraturan dan merupakan maksiat kepada Allah S.W.T. ii) Menegur dan menasihati ketua yang mengarah melakukan perbuatan mungkar dan menyalahi adalah wajib kerana berbuat mungkar dan menyalahi peraturan itu merupakan suatu kezaliman. Sebaliknya ketua itu hendaklah diberi nasihat supaya tidak melakukan kemungkaran dan membuat sesuatu yang menyalahi undang-undang.                                        

Kualiti Iman Seorang Muslim

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah.”    Baihaqi Huraian : Pengajaran Hadis: i) Ciri khas dalam akidah yang wajib ada dalam diri setiap individu adalah perasaan cintakan Allah kerana ia merupakan kayu ukur terpenting dalam menilai kualiti iman seorang muslim yang sebenar. ii) Antara sifat mereka ialah sentiasa merasa bahagia apabila mengingati Allah iaitu mereka banyak berzikir, mengerjakan sembahyang, membaca al-Quran dan sebagainya sebaliknya bagi orang yang tidak cintakan Allah, dia merasa bosan dan rimas apabila mendengar kalimah-kalimah Allah dan malas untuk berzikir (mengingati Allah) jauh sekali untuk beribadat kepada Allah. iii) Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala senang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripada Allah S.W.T, kehidupannya sentiasa terkawal

Solat Pada Waktunya

Hadith : Dari Abu Dzar r.a katanya: ”Rasulullah s.a.w bertanya kepadaku, sambil menepuk pahaku: Apa yang engkau lakukan jika engkau berada dalam lingkungan kaum yang suka melalaikan solat dari waktunya? Jawabku: Apa perintah tuan untuk saya? Sabda baginda, solatlah pada waktunya (sekalipun sendirian). Sesudah itu selesaikanlah segala urusanmu. Jika kebetulan orang solat berjamaah dan engkau masih berada dalam masjid, maka solatlah pula (bersama mereka).”        (Muslim) Huraian: Solat bukan perkara yang remeh di dalam agama. Bahkan ia menduduki tempat teratas dalam penilaian ketaatan manusia sehinggakan di padang Mahsyar kelak setiap amalan manusia didahului kiraannya daripada solat itu sendiri. Jika baik dan sempurna ia dikerjakan maka semua amalan berikutnya akan baik. Hal ini kerana fungsi solat itu adalah untuk mencegah manusia daripada melakukan kajahatan dan kemungkaran. Begitulah sebaliknya. Oleh itu janganlah kita merasa berat untuk melakukan solat kerana p

Memberi Salam Amat Digalakkan Dalam Islam

Hadith : “Daripada Anas r.a. bahawasanya ia berjalan di kalangan beberapa orang kanak-kanak lalu ia memberi salam kepada mereka dan katanya Nabi s.a.w. berbuat demikian. Riwayat Al-Bukhari dan Muslim Huraian: 1. Sunat memberi salam kepada sesama muslim tidak mengira darjat, pangkat dan peringkat orang yang diberi salam. 2. Memberi penghormatan kepada orang yang lebih rendah martabat dan pangkat tidak akan mengurangkan kemuliaan seseorang. 3. Umat Islam hendaklah sama-sama hormat menghormati antara satu sama lain dan mengamalkan sunnah Nabi s.a.w dengan memberi salam apabila bertemu walaupun terhadap kanak-kanak.

Sifat Pemalu Rasulullah S.A.W.

Hadith : Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya:”Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah baginda.” (Muslim) Huraian: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Laa ilaha illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang dari iman.”(al- Baihaqi). Di dalam perjalanan manusia sebagai hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya, ‘rasa malu’ merupakan tangga yang pertama. Maka, masih sangat jauh sebenarnya kita daripada kewujudan rasa cinta kepada Allah. Rasulullah sekalipun mempunyai rasa malu terhadap Allah SWT. Ia terserlah dalam kisah Mi'raj baginda iaitu di saat Rasulullah menerima perintah secara langsung agar umatnya mengerjakan solat. Di peringkat awalny

Hatiku bukan di sini

Assalamualaikum. Ya ALLAH, kenapa aku rasa tak seronok bekerja seperti dulu... Masih ku kenang semasa bekerja di SUK, tiada siapa menganggu hidupku... semua saling hormat menghormati antara satu sama lain... Setiap pagi ada saja azam aku bila ke tempat kerja dan ada saja list yang telah tersenarai dalam fikiran ku utk melaksanakan tugas ku. Tapi kini, semuanya berubah... Aku rasa seperti tidak ikhlas melakukan kerja. Mungkin juga minat ku kurang dalam tugas ini. Ya ALLAH, bantulah hambamu untuk sentiasa melaksanakan kerja dengan ikhlas. Disamping itu, tabahkanlah hati hambamu menghadapi dugaan ini... Kembalikanlah semangat ku seperti dulu...

Syukur atas anugerah ALLAH SWT

Assalamualaikum. Hari ni dah genap 1 tahun 4 bulan 10 hari aku ditakdirkan untuk hidup bersama suamiku. Ku berdoa semoga ALLAH SWT memberikan kami kesempatan untuk hidup bersama sehingga akhir hayat kami. Selalulah amalkan sujud syukur supaya kita tidak lupa kepada NYA yang memberikan rezeki dan kehidupan yang baik kepada kita. Bersyukur kepada kurniaan ALLAH amat penting dalam kehidupan kita. Amalkanlah membaca AL-Mathurat kerana disitu terselindung pelbagai hikmat. Alangkah indahnya hidup kita jika dapat mengamalkannya selama 30 minit di waktu pagi dan petang. Selamat beramal....