Posts

Showing posts from January, 2011

Bersyukurlah dengan apa yang ada...

Assalamualaikum. Alhamdulillah malam ni dapat juga update blog... Semasa perjalanan ke tempat kerja tadi, sempat aku mendengar radio berkenaan kisah yang menyayat hatiku sehingga menitisnya air mata... Kisah bermula dengan sepasang suami isteri mempunyai kehidupan yang sempurna dengan agamanya dan kemewahan harta. Namun, disebalik kesempurnaan itu, mereka belum memiliki anak. Maka kedua-duanya selalu berdoa untuk memiliki cahaya mata. Si isteri dikatakan seorang yang begitu sempurna dalam menjaga rumah tangga dan tidak sukakan keadaan yang semak dll. Segalanya tersusun mengikut spek. Sehingga suatu ketika, ditakdirkan si isteri mengandung. Maka pelbagai persiapan telah dilakukan sebelum anak tersebut lahir... termasuklah menyusun baju yang dibeli dari umur 1 bulan hingga 6 bulan. Tibanya hari yang ditunggu, lahirlah anak ini. Namun, anak yang dilahirkan sungguh berbeza dengan perangai ibunya. Jika si ibu menyimpan rumah, anak tersebut akan buat sepah rumah sehingga sofa terbalik, kerta

Kisah suami isteri

Assalamualaikum. Pagi ni aku rasa seronok sangat bila di hantar oleh Mr herumi ke tempat kerja. Kebiasaannya aku pi sendiri. Dalam perjalanan ke sana, kami sama2 mendengar motivasi yang disampaikan oleh En Johar. Motivasi kali ini berkaitan dengan suami isteri. Kita jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang perfect daripada pasangan.Contoh yang diberikan memang terkena pd aku...kena redha... :) Begini ceritanya, kalau suami selalu membantu isteri buat kerja, walaupun tak ikut spek yang diperlukan... terimalah dengan baik. Jangan kita komen lebih2. Biarlah baju yang disidai tu ada senget sket ke dan sebagainya...

Racun Dalam Pekerjaan

Assalamualaikum. Hari ni, aku tertarik dengan motivasi pagi berkenaan racun dalam pekerjaan. Motivasi ini boleh menjadi panduan untuk kita renungkan bersama. Janganlah kita bekerja dalam keadaan mengharapkan pujian dan balasan. Ada yang berkira dalam bekerja. Contohnya, aku dah buat, bagi la orang lain pula buat. Sepatutnya sebagai pekerja yang baik, akan berkata bagi la kerja tu kat aku... hehe banyak terjadi benda ni walau di mana2 pun bukan saja di alam perkerjaan malahan di rumah pun... :)

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing... sesuai dengan keadaan rumah tanggaku yang kini aku rasa sungguh bahagia... semoga ALLAH merahmati kehidupan kami suami isteri... Hari ni juga pepatah itu telah di bawa ke ofis... seronoknya dapat bekerjasama untuk mengemas stor yang selama ni serabut dihatiku bila melihatnya. Kalau SUB turun tengok, tak ke aku jugak kena sound... nasib badan.... Bila aku tengok keadaan di ofis tadi, lega sangat, ditambah pulak dengan kerjasama rakan2 pejabat... Terima kasih semua sudi bekerjasama... kalian memang terbaik. :-)

Pentingnya Solat Dalam Kehidupan

Image
Assalamualaikum. Hari ni aku betul2 kagum apabila mendengar motivasi daripada Dr. HM Tuah. Kata beliau anak2 buah yang bekerja di ofisnya, sekiranya tidak menunaikan solat, dipersilakan keluar dari ofis. Betapa beliau menitikberatkan solat. Semoga Allah sentiasa merahmati beliau. Dr. juga tidak respect orang yang berpelajaran tinggi, bekerja dengan pangkat tinggi tetapi solat diabaikan. Aku benar2 insaf bila memikirkan semua ini. Semoga menjadi panduan untuk kita semua pada masa sekarang dan akan datang. Sama2 lah kita menunaikan yang wajib... apa guna kalau kita hanya berdisiplin dalam bekerja, membuat jadual perancangan dalam urusan pekerjaan tapi bila urusan solat kita tidak berdisiplin... renung2kanlah diriku dan juga para sahabat yang lain... sumber daripada : panaspedih.blogspot.com

Apa itu blog?

Sebelum menulis dengan lebih lanjut... Aku ingin mengenali apa itu blog. Walaupun dah lama dalam bidang IT tapi kdg2 x apply pun dalam kehidupan apa yang dah dipelajari .... Meh kita sama2 tengok apa itu blog??? Blog (ringkasan bg weblog) adalah jurnal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi, atau penulisan mengenai sesuatu perkara dan sentiasa dikemaskini setiap hari. Konsep blog sama seperti buku diari harian... wah mampukah aku nak update tiap hari?? emm apapun seronok dapat belajar menaip - think-

To Present 2011

Assalamualaikum. Buat pertama kali dalam hidupku...aku menulis blog sendiri hanya untuk menghiburkan hati. :)