Posts

Showing posts from April, 2011

Kekayaan Bukan Harta Yang Banyak Tetapi Ianya Kekayaan Hati

Hadith:  Rasulullah SAW telah besabda bahawa manusia menjadi kaya bukan dengan harta yang berlebihan, tetapi GHINA (Kekayaan ) yang hakiki adalah hati yang menjadi kaya. (Muttafqun alaih : begitulah dalam Mishkat )   Huraian Hadith:  Maksud hadith ini jelas sekali ia-itu jika sekiranya hati seseorang itu tidak menjadi kaya maka walaupun harta yang banyak dimilikkinya perbelanjaannya akan berkurangan hingga kurang daripada perbelanjaan orang–orang fakir –miskin. Walaupun harta yang banyak dimilikkinya akan berfikir untuk menambahkannya. Kerungsingannnya untuk menambahkan harta akan melebihi kerungsingan orang-orang papa untuk menyara hidup mereka. Jika hati seseorang itu menjadi kaya walaupun hartanya sedikit jiwanya tetap tenang. Dia akan bebas dari pemikiran dan kerunsingan untuk menambahkan harta yang ada padanya.

Bekas ahli neraka

Kategori:  Akidah  Hadith:  Dari Anas bin Malik r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:  Keluar satu kaum dari neraka sedangkan kulit mereka telah hitam kerananya. Mereka masuk ke dalam syurga, sedangkan isi syurga menamakan mereka ˜orang-orang dari jahannam'.  Riwayat: (al-Bukhari) Huraian Hadith:  Pernahkah kita membayangkan tentang neraka? Tentang kegelapan neraka yang sangat pekat? Rasulullah bersabda : Api neraka dinyalakan seribu tahun hingga memerah, kemudian dinyalakan lagi seribu tahun hingga memutih dan dinyalakan lagi seribu tahun hingga berwarna hitam. Dan jadilah neraka itu gelap pekat.  Pernahkah pula kita membayangkan tentang minuman ahli neraka? Allah berfirman ..dan dia akan diberi minuman dengan air nanah, diminumkannya air nanah tersebut..  (Ibrahim: 16) Rasulullah bersabda : Ketika didekatkan ke mulutnya maka mulutnya terbakar dan kulit kepalanya menggelupas. Dan ketika dia meminumnya, maka terputuslah ususnya sehingga minumannya keluar

Amalan Yang Berkat

Kategori: Akhlak Hadith:  Dari Ibnu Mas'ud RA bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: "Manakah amal yang lebih utama?" Beliau menjawab: "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah ."  Riwayat: Bukhari Huraian Hadith:  Di dalam al-Qur'an dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah SWT.  Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya. Beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya amat besar ganjarannya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang ba

Kebinasaan Berlaku Tidak Mengira Sesiapa Masa dan Tempat

Kategori: Akidah  Hadith:  Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: Bakal ada tentera yang akan menyerang Ka'abah, tetapi ketika mereka sampai disuatu tempat lapang, tiba-tiba ia dibinasakan semuanya , baik yang pertama hingga yang terakhir.'Aisyah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana dibinasakan semuanya, padahal disitu ada orang-orang yang tidak ikut serta, iaitu orang yang sedang dipasar dan lain-lainnya? Jawab Nabi di binasakan semua, kemudian dibangkitkan menurut niat masing-masing. Riwayat Bukhari Muslim Huraian Hadith:  Kebinasaan yang menimpa pada suatu daerah akan mengenai yang bersalah dan yang tidak bersalah, orang yang baik dan orang yang tidak baik, ia akan mengenai semuanya apabila kecelakaan itu berlaku. Di suatu zaman, akan berlaku penyerangan atau pertempuran diantara golongan atau puak ditempat yang disasarkan, yang melibatkan ramai terkorban. Dan ramai yang telah cedera akibat pertempuran itu. Perhitungan atau balasan diakhirat kelak hanya t

KEPENTINGAN MASJID DAN MENGIMARAHKANNYA

  Kategori: Ibadah  Hadith: Dari Uthman , r.a , katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membina sesebuah masjid (atau surau) secara ikhlas kerana Allah, nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah di Syurga.  Riwayat Bukhari dan Muslim Huraian Hadith:  1.Masjid dan surau menjadi pusat perhimpunan yang menyatupadukan umat Islam sama ada bagi mengerjakan ibadat, menuntut ilmu dan menerima nasihat pengajaran demi kebaikan dan keselamatan di dunia dan di akhirat 2. Ia usaha pertama dibuat semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah 3. Masjid perlu dimakmurkan dengan pelbagai program agar mendapat rahmat dan hidayah Allah sentiasa.

Setiap Penyakit Ada Penawarnya

Kategori:  Ibadah  Hadith:  Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram. Riwayat: (Abu Daud) Huraian Hadith:  1. Setiap penyakit ada ubatnya, jika bersesuaian ubat tersebut, maka ia akan sembuh dengan izin Allah S.W.T. 2. Meskipun Islam mengharamkan penggunaan bahan-bahan tertentu seperti najis, air kencing, alkohol dan sebagainya untuk tujuan perubatan namun terdapat keadaan di mana seseorang itu diberi keharusan (rukhsah) untuk berbuat demikian iaitu bilamana berada dalam peringkat darurat (kecemasan) dan tiada lagi ikhtiar-ikhtiar lain yang boleh dilakukan. Atau dengan lain perkataan diharuskan untuk yang terpaksa. 3. Dalam masalah ini pengambilan benda-benda yang haram sebagai ubat hendaklah sekadar perlu sahaja bagi menyembuhkan penyakit yang menimpa. Manakala rawatan tersebut mestilah dikendalika

Kisah Para Sahabah

Para Sahabah R.a Segera Menutup Kedai Pada Waktu S olah           Pada suatu hari Hazrat ‘Abdullah bin ‘Umar R. anhuma berada di pasar ketika masuk waktu solah. Beliau melihat semua orang telah menutup kedai masing-masing dengan segera dan terus masuk ke dalam Masjid. Beliau berkata, ”Untuk mereka inilah ayat, bermaksud  ”Lelaki  yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli daripada mengingati Allah dan mendirikan solah” (An.Nur A.37) Hazrat Abdullah Bin Abbas R.anhuma berkata ,”Mereka ialah orang sibuk dengan perniagaan,jual beli dan lain-lain tetapi sebaik sahaja mendengar azan  , mereka telah meninggalkan segala sesuatu dengan serta merta dan terus pergi ke Masjid.” Dalam  riwayat yang lain beliau berkata,”Demi Allah mereka inilah orang yang perniagaanya tidak menghalang daripada  mengingati Allah SWT” Pada suatu hari, Hazrat ”Abdullah bin Mas’ud r.a pergi kepasar ketika azan dilaungkan.Beliau melihat orang ramai meninggalkan barang mereka lalu terus me

Mati Dalam Perbuatan Syirik

Kategori:  Akidah  Hadith:  Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:Bersegeralah kamu semua untuk melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datang tujuh perkara: Adakah kamu semua menunggu sehingga menjadi fakir yang melalaikan diri kamu semua, atau pun kekayaan yang menjadikan diri kamu curang, atau sakit yang membawa kebinasaan tubuh badan, atau tua yang menjadi nyanyuk, atau mati dengan tiba-tiba, atau pun kedatangan pengaruh dajjal yang ianya adalah seburuk buruk makhluk yang tidak dapat dilihat yang memang dinanti-nanti kedatangannya, ataupun datangnya hari qiamat pada hal hari qiamat itu adalah hari yang paling dahsyat bencananya serta pahit pula penderitaannya  Riwayat Hadith At-Tarmizi Huraian Hadith:  1. Umat Islam dilarang menangguh-nangguh dan berlambat-lambatkan amal ibadat yang diamanahkan kepada mereka. 2. Kekayaan dan kemiskinan tidak menghalang seseorang itu menambah amalan untuk beribadat kepada Allah kerana kekayaan dan kemiskinanan merupakan sat

Menggembirakan hati...

Assalamualaikum... dikala sendirian, aku mula memikirkan alangkah indahnya ada penyeri hidup... setelah 1 tahun 5 bulan aku mengharap.... Walau apapun aku dan suami akan terus berusaha tanpa henti... Hanya aku berdoa semoga ALLAH Taala tidak membiarkan kami bersendirian tanpa zuriat... Seronok bila melihat anak kawan2 semua dan seronok melihat murahnya rezeki mereka, tapi apakan daya ku... Kita hanya merancang, ALLAH jua menentukan segalanya... Suamiku, aku berterima kasih kerana kamu setia menunggu bersamaku... semoga kita berjaya mengharungi ujian ini... Alangkah indahnya jika suatu hari nanti kebahagian itu menjadi milik kita bersama... :) Aku masih mengharap dan akan terus berdoa...................... InsyaALLAH

Sempadan Ketaatan

Kategori:   Akidah Hadith:  Dari Ali (bin Abi Talib) r.a, katanya: Pada suatu ketika, Rasulullah SAW mengirim sepasukan tentera (ke medan perang) dan melantik seorang lelaki menjadi komanden mereka. Setibanya di suatu tempat, komanden tersebut menyalakan api (unggun) dan memerintahkan anak buahnya melompat ke dalam unggun api tersebut. Sebahagian anak buahnya telah bersedia untuk melompat ke dalam unggun api tersebut tetapi yang lain berkata:Kita harus lari dari api itu. Peristiwa itu mereka laporkan kepada Rasulullah SAW. Maka beliau bers abd a:Seandainya kamu melompat ke dalam api itu kamu akan sentiasa berada di dalamnya hingga hari kiamat nanti. Kemudian baginda bers abd a pula kepada yang lain dengan lemah lembut: Tidak wajib taat kepada perintah untuk menderhakai Allah. Taat itu hanya wajib dalam rangka menegakkan kebajikan.     Riwayat: (Muslim) Huraian Hadith:  Kepatuhan dan ketaatan kepada manusia dan peraturan ada batasnya. Manakala kepatuhan dan ketaatan

Sunnah Rasul

Kategori:  Akidah Hadith:  Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bers abd a:Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dahulu. Tetapi jika membukanya, yang kiri dahulu dibuka. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka. Riwayat:  (al-Bukhari) Huraian Hadith:  Rasulullah s.a.w adalah contoh teladan terbaik dalam segenap aspek tatacara hidup seorang Muslim sama ada dari segi tutur katanya, tingkahlakunya, ibadahnya dan lain-lain lagi. Baginda mengajar kita adab sopan yang sepatutnya yang membezakan kita dengan penganut agama yang lain. Walau sekecil manapun sesuatu  amalan itu , terdapat banyak hikmah tertentu yang baik dari segi agama mahupun ilmu perubatan yang melaluinya jelas membuktikan akan kebenaran agama Islam selaku agama fitrah yang sesuai bagi seluruh umat manusia.

19 CIRI-CIRI KEDEWASAAN YANG TULEN

1) Terima kritikan dengan  rasa  terima kasih     2) Tidak  memanjakan diri   3) Tidak mengharapkan  pertimbangan khas   4) Dapat  mengawal perasaan  sendiri   5) Tangani kecemasan dengan  tenang   6) Tidak mudah  tersinggung 7)  Bertanggungjawab  atas tindakan   8) Menerima kenyataan bahawa  tiada orang yang 100% baik dan 100% buruk   9) Tidak hilang  kesabaran  pada kelewatan yang munasabah   10) Membuat  penyesuaian  dengan orang lain 11)  Sporting   12) Boleh menghadapi  kekecewaan atau kekalahan  tanpa bersungut atau merengek   13) Tidak mempunyai  kebimbangan  yang berasas mengenai perkara yang di luar keupayaannya   14) Tidak  bercakap besar dan berlagak 15)  Jujur   16) Mengatasi perasaan  cemburu   17) Berfikiran  terbuka   18) Tidak mencari  salah  orang lain   19)  Merancang  tindakan   sumber : http://mysyahadah.blogspot.com/2009/12/21-ciri-ciri-kedewasaan-yang-tulen.html

THE IMPORTANCE OF SALAAT

HADITH: Hadrat Abdullah Bin Qurt (Radhiyallaho anho) narrates that he heard the Prophet (Sallallaho alaihe wasallam) saying” Salaat will be the first thing to be reckoned for on the Day of judgement. If this is found satisfactory, then the rest of the deeds will also come out as such. If this not so, then the remaining deeds are sure to be found wanting. Hadrat Umar  R.a during his caliphate had issued a proclamation to all officers under him saying,” I regard salaat as the most important duty. A person who observes salaat is likely to observe other injunctions of Islam as well: but if he discards salaat, he will more easily damage the rest of Islaam.” The above saying of the Prophet (SAW) and the proclamation of Hazrat Umar R.a are also corroborated by another hadith, “ Satan is scared of a Muslim so long as he is  mindful of his salaat: but no sooner he neglects the salaat than shatan descends on him and becomes hopeful of leading him astray, and then he can easily be

GANGGUAN SEKSUAL PADA PAKAIAN

Tersentuh hatiku bila membaca forum di bawah ini... sama2lah berkongsi... Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Soorah Al Ahzab 33:59 Kupasan yang sangat baik!!! Wassalam Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :- "Apakah