Kisah Para Sahabah

Para Sahabah R.a Segera Menutup Kedai Pada Waktu Solah

          Pada suatu hari Hazrat ‘Abdullah bin ‘Umar R. anhuma berada di pasar ketika masuk waktu solah. Beliau melihat semua orang telah menutup kedai masing-masing dengan segera dan terus masuk ke dalam Masjid. Beliau berkata, ”Untuk mereka inilah ayat, bermaksud

 ”Lelaki  yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli daripada mengingati Allah dan mendirikan solah” (An.Nur A.37)

Hazrat Abdullah Bin Abbas R.anhuma berkata ,”Mereka ialah orang sibuk dengan perniagaan,jual beli dan lain-lain tetapi sebaik sahaja mendengar azan  , mereka telah meninggalkan segala sesuatu dengan serta merta dan terus pergi ke Masjid.”

Dalam  riwayat yang lain beliau berkata,”Demi Allah mereka inilah orang yang perniagaanya tidak menghalang daripada  mengingati Allah SWT”

Pada suatu hari, Hazrat ”Abdullah bin Mas’ud r.a pergi kepasar ketika azan dilaungkan.Beliau melihat orang ramai meninggalkan barang mereka lalu terus menuju ke Masjid untuk menunaikan solah. Beliau berkata,”Inilah orang yang Allah SWT nyatakan tentang mereka dalam ayat Al-Quran,

Maksudnya” Lelaki yang tidak dilalikan oleh perniagaan dan jual beli daripada mengingati Allah dan mendirikan solah.”

       Dalam satu hadith, Nabi SAW bersabda,”Pada hari qiamat apabila Allah SWT mengumpulkan seluruh manusia disatu tempat maka akan diseru,”dimanakah mereka yang senantiasa memuji Allah SWT dalam keadaan gembira atau dukacita?” Satu kumpulan kecil manusia bangun dan masuk kesyurga tanpa hisab.

Kemudian akan diseru lagi,”Dimanakah mereka perniagaan dan jual beli tidak menghalang mereka daripada mengingati Allah SWT?” Lalu satu kumpulan kecil manusia akan bangun dan masuk syurga tanpa hisab.Selepas itu,barulah hisab akan dimulakan untuk orang lain,
(Durrul manthur)

Comments

Popular posts from this blog

Doa untuk suami dari isteri Solehah

Muqaddimah Manzil