Bersyukurlah dengan setiap pemberian NYA

Assalamualaikum...

Hari ni aku dan husband saja round putrajaya... makan angin skali skala... sampai disuatu tempat orang ramai... terdengar sesuatu yang terkeluar dari mulut seorang si suami... "seronoknya dia dapat bini cantik mcm tu"... mudah dan simple perkataan tu... aku tak tau apa yang si isterinya rasa tapi bagi aku juga sebagai seorang isteri terasa seperti ingin menitiskan air mata bila mendengar perkataan itu... tidak bersyukurkah si suami itu pada pemberian ALLAH. Aku rasakan seperti orang itu tak pernah bersyukur... patut dia berterima kasih pada ALLAH kerana memberinya isteri yang berpakaian menutup aurat, tidak seksi seperti perempuan yang dipujinya dan kecantikan itu bukan dilihat daripada paras rupa tetapi dari kecantikan akhlak (dimana tidak menonjolkan kecantikan pada orang lain melainkan kepada suaminya)... Ya ALLAH kalau lah aku si isteri tersebut, sukarnya aku menerima maaf dari si suami tersebut... Sedarlah si suami, jika inginkan perempuan seperti itu banyak sangat pada zaman sekarang, tak perlu bersusah payah membuat pilihan tetapi untuk mendapat isteri yang secantik akhlak khadijah, adalah amat payah sekali... Jadilah hamba yang sentiasa bersyukur!

Comments

Popular posts from this blog

Doa untuk suami dari isteri Solehah

GANGGUAN SEKSUAL PADA PAKAIAN