KELEBIHAN HARI JUMAAT

Hadith :
 
Dari Abu Lubabah ibn Abdil Munzir r.a meriwayatkan Nabi SAW bersabda: “Hari Jumaat adalah merupakan penghulu bagi semua hari . Disisi Allah ia adalah hari yang paling agung. Hari itu juga disisi Allah Taala adalah lebih mulia daripada hari Aidul Adha dan Aidul Fitri. Pada hari Jumaat telah berlaku lima perkara: Pada hari inilah Allah SWT menciptakan Nabi Adam a.s , pada hari Jumaat juga ianya diturunkan kebumi, pada hari Jumaat juga ia meninggal dunia , pada hari tersebut terdapat satu masa yang mana barangsiapa yang berdoa nescaya Alla Taala akan mengurniakannya dengan syarat jangan meminta sesutu benda yang haram dan pada hari itu juga Qiamat akan berlaku. Semua para Malaikat dilangit , bumi, angin, gunung-ganang dan lautan semua takut pada hari Jumaat. (Ini semua kerana Qiamat akan berlaku pada hari Jumaat)
Hadis Riwayat Ibnu Majah  :

Dari Abu Musa al-As’ari r.a berkata : Aku mendengar baginda Rasulullah SAW bersabda: Masa (yang terafdhal untuk berdoa) ialah diantara bermulanya Imam membaca khutbah hinggalah selesainya sembahyang Jumaat.
Hadis Riwayat muslim.

Keterangan:
Banyak lagi Hadith-hadith Nabi menerangkan tentang ketepatan waktu yang terbaik untuk berdoa. Oleh itu perbanyakkanlah ibadat serta doa pada keseluruhan hari Jumaat
(Annawawi)

Comments

Popular posts from this blog

Doa untuk suami dari isteri Solehah

Muqaddimah Manzil