Posts

Showing posts from June, 2011

Doa untuk suami dari isteri Solehah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada  terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus  bersamanya Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan  membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala  perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di  Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan  segala perintahnya Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di  DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari  menyakiti perasaannya Sekiranya... suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka Berilah ak

Amalan Nabi SAW Ketika Gerhana Matahari

Matahari telah gerhana pada suatu hari. Para sahaba telah meninggalkan pekerjaan mereka masing-masing. Kanak-kanak kecil yang sedang berlatih memanah berlari-lari menuju ke Masjid untuk mengetahui apa yang akan dilakukan oleh nabi. Nabi telah mendirikan sembahyang  dua rakaat yang sangat panjang sehingga ada orang yang jatuh pengsan. Dalam sembahyang itu Nabi telah menagis sambil berkata: “ Dan Allah tidak akan mengazab mereka selagi kamu  berada diantara mereka. Dan dia tidak akan mengazab mereka selagi mereka meminta ampun.” (Al-Anfal 8:3) Kemudian dia berucap kepada para jemaaah. ” Kamu hendaklah bersegera mendirikan solat apabila berlaku gerhana bulan atau matahari . Kalau kamu tahulah tanda-tanda hari Kiamat sebagaimana aku mengetahui , tentulah kamu  banyak menangis dan sedikit ketawa. Peristiwa-peristiwa seperti ini memerlukan kita bersembahyang, berdoa kepada Allah SWT dan bersedeqah kepada fakir miskin.”

KELEBIHAN HARI JUMAAT

Hadith : Dari Abu Hurairah R.a meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah SAW satu ketika pada hari Jumaat bersabda:” Wahai orang-orang Islam, Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan hari ini sebagai Hari Raya untuk kamu, oleh itu mandilah kamu dan lazimkanlah dengan bersugi gigi”, (HR Tabrani) Dari Abu Umamah R.a meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah SAW bersabda; ” Sesungguhnya mandi paha hari Jumaat itu menggugurkan dosa-dosa sehingga ke akar rambut (dan bulu-bulu roma)- (HR Tabrani, Majma’u Azzawaid) Dari Abdullah ibn Amar  ibn As R. anhunma meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda:” Barangsiapa mandi pada hari Jumaat dengan sempurna kemudian pergi ke Masjid lebih awal untuk bersembahyang Jumaat, duduk berhampiran dengan Imam dan mendengar khutbah Jumaat dengan penuh tawajjuh dan sentiasa senyap mendengarnya, maka setiap langkah yang dilangkahi untuk datang ke Masjid akan diberi ganjaran satu tahun pahala tahajud dan satu tahun pahala puasa”. (HR. Musnad

KEPENTINGAN SOLAT (DIMALAM HARI MANUSIA TERBAHAGI KEPADA TIGA GOLONGAN )

Kategori :  Akidah Hadith:   Ibnu Ma’ud R.a menceritakan bahwa Rasulullah SAW bersabda:” Menjelangnya waktu Solat seorang Malaikat adalah ditugaskan supaya menyeru: “ Hai anak Adam! Bangunlah dan padamkanlah api yang sedang kamu nyalakan untuk membakari dirimu.”. Manusia pun bangun, berwudhu’ dan sembahyang Zuhur. Ini menyebabkan dosa-dosa yang dilakukan sejak matahari terbit terampun. Demikianlah diulangi pada waktu A’sar, Maghrib dan Isya’. Selepas Isya’ orang tidur dan selainnya sibuk mengerjakan maksiat.”             Salman R.a berkata : “ Selepas Isya’ manusia dibahagikan kepada tiga golongan . Ada setengahnya, malam hari itu padanya , adalah sumber kebajikan dan keuntungan. Mereka menghabiskan masa  malamnya dengan menyembah Allah SWT sementara orang lain nyenyak tidur ; pada mereka malam hari itu mendatangkan pahala yang besar dari tuhan mereka. Pada yang yang lain- lain  malam hari menjadi bebanan dan kutukan baginya kerana mereka mengerjakan berbagai-bagai macam

Nasihat Untuk Perempuan

Perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.  1.Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan ibadahnya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak). 2 Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabna Nabi s. a. w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia. 3.Haram bagi wanita melihat aurat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat aurat wanita yang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli). 4.Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s. a. w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r. ha. dan Maimunah r. ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s. a. w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang ituti

MASALAH SUKAR DAPATKAN ZURIAT.

Definisi Ketidaksuburan: Sekurang - kurangnya setelah setahun mencuba untuk hamil dan yang sering mengalami keguguran. Untuk Hamil :- 1. Wanita itu perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovarinya ( ovulasi ). 2. telur tersebut mesti melalui saluran fallopian menuju ke uterus ( rahim ). 3. Sperma lelaki pula perlu bergabung dengan telur dalam perjalanan menuju ke rahim. 4. Telur yang telah disenyawakan itu perlu melekat di dalam rahim. 5. Masalah yang menggangu dalam salah satu langkah yang dinyatakan tadi adalah dianggap penyebab ketidaksuburan. Kira - kira 1/3 kes ketidaksuburan berkaitan dengan wanita dan 1/3 daripada lelaki dan selebihnya adalah campuran faktor - faktor yang dikenalpasti. Penyebab Ketidaksuburan : 1. Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan. 2. Tanda - tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid. Penyebab lain : 1. Saluran falopi

KELEBIHAN HARI JUMAAT

Hadith : Dari Abu Hurairah R.a meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah SAW satu ketika pada hari Jumaat bersabda:” Wahai orang-orang Islam, Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan hari ini sebagai Hari Raya untuk kamu, oleh itu mandilah kamu dan lazimkanlah dengan bersugi gigi”, (HR Tabrani) Dari Abu Umamah R.a meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah SAW bersabda; ” Sesungguhnya mandi paha hari Jumaat itu menggugurkan dosa-dosa sehingga ke akar rambut (dan bulu-bulu roma). (HR Tabrani, Majma’u Azzawaid) Dari Abdullah ibn Amar  ibn As R. anhuma meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda:” Barangsiapa mandi pada hari Jumaat dengan sempurna kemudian pergi ke Masjid lebih awal untuk bersembahyang Jumaat, duduk berhampiran dengan Imam dan mendengar khutbah Jumaat dengan penuh tawajjuh dan sentiasa senyap mendengarnya, maka setiap langkah yang dilangkahi untuk datang ke Masjid akan diberi ganjaran satu tahun pahala tahajud dan satu tahun pahala puasa”. (HR. Musnad Ahma