KEPENTINGAN SOLAT (DIMALAM HARI MANUSIA TERBAHAGI KEPADA TIGA GOLONGAN )
Kategori: Akidah
Hadith:
Ibnu Ma’ud R.a menceritakan bahwa Rasulullah SAW bersabda:” Menjelangnya waktu Solat seorang Malaikat adalah ditugaskan supaya menyeru: “ Hai anak Adam! Bangunlah dan padamkanlah api yang sedang kamu nyalakan untuk membakari dirimu.”. Manusia pun bangun, berwudhu’ dan sembahyang Zuhur. Ini menyebabkan dosa-dosa yang dilakukan sejak matahari terbit terampun. Demikianlah diulangi pada waktu A’sar, Maghrib dan Isya’. Selepas Isya’ orang tidur dan selainnya sibuk mengerjakan maksiat.”
Salman R.a berkata : “ Selepas Isya’ manusia dibahagikan kepada tiga golongan. Ada setengahnya, malam hari itu padanya , adalah sumber kebajikan dan keuntungan. Mereka menghabiskan masa malamnya dengan menyembah Allah SWT sementara orang lain nyenyak tidur ; pada mereka malam hari itu mendatangkan pahala yang besar dari tuhan mereka.
Pada yang yang lain- lain malam hari menjadi bebanan dan kutukan baginya kerana mereka mengerjakan berbagai-bagai macam maksiat pada malam hari. Bagi mereka malam hari membawa kepayahan dan kesusahan.
Golongan yang ketiga pula ia-lah selepas saja Isya’ terus tidur. Mereka , untung tidak rugi pun tidak.
Comments
Post a Comment