Posts

Showing posts from March, 2011

Apa Itu Kalori

Apa itu kalori? Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga. Adakah badan perlukan kalori? Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan. Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan? Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan. Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram Protein: Didarab dengan 4 setiap gram Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram. Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi; Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori) Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori) Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori) Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori! Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wan

BATAS-BATAS DALAM BERHIAS

Kategori:  Akidah  Hadith:  Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:  Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.  Riwayat Ibnu Mas’ud Huraian Hadith:  i ) Maksud mengubah ciptaan Allah s.w.t. ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah S.W.T yang telah sempurna secara pandangan umum dan adat atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan. ii) Mencabut bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah S.W.T. yang sempurna dan membuat atau melukis bulu kening yang baharu selepas itu agar menepati cita rasa sendiri supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam. iii) Jika perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan ia tumbuh berselerak dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah t

Pemergiannya satu istirahat

Kategori:   Akidah Hadith:  Abu Qatadah Ibnu Rib'i al-Ansari r.a menerangkan bahawasanya satu jenazah telah dibawa berlalu di hadapan Rasulullah SAW maka berkatalah baginda :Orang yang beristirahat atau orang yang pergi supaya orang lain beristirahat daripadanya. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, siapakah orang yang pergi beristirahat dan siapakah orang yang pergi supaya orang lain beristirahat daripadanya? Nabi menjawab : Hamba yang mukmin pergi beristirahat daripada kepayahan dunia dan gangguannya kepada rahmat Allah. Dan hamba yang fasiq, beristirahat daripadanya segala hamba Allah, negeri, pohon dan binatang.  Riwayat: (al-Bukhari dan Muslim) Huraian Hadith:  Sesungguhnya orang yang meninggal dunia itu terdiri dari dua golongan iaitu golongan orang yang beriman meninggal dunia menuju ke suatu tempat yang aman yang membahagiakan. Mereka sudah terlepas daripada kepayahan dan ujian dunia menuju kepada rahmat Allah SWT . Sedangkan orang yang buruk akhlak

Record sound - Windows Vista

Record sound Using Sound Recorder, you can record sound as a digital media file on your computer from a variety of devices, such as a microphone that is plugged in to your sound card. The types of audio input sources you can record from depend on the audio devices you have, as well as on the input sources that are available on the sound card that is installed on your computer. Make sure you have an audio input device, such as a microphone, connected to your computer. Click Start , click All Programs , click Accessories , and then click Sound Recorder . Click Start Recording . To stop recording audio, click Stop Recording . Do one of the following: If you want to continue recording audio, click Resume , and then continue to record sound. If you want to save the recorded sound as an audio file, click the File name box, type a file name for the recorded sound, and then click Save . Notes To use Sound Recorder, you must have a sound card and speakers installed on

Sikap Yang Baik

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka.” Riwayat Muslim Huraian: i) Kita hendaklah berusaha sedaya upaya mengawal tingkahlaku agar dapat menunjukkan contoh teladan yang baik bagi masyarakat setempat. Sekiranya perbuatan kita yang baik itu menjadi ikutan orang lain maka kita akan diberi ganjaran pahala seolah-olah kita juga melakukannya. Contohnya amalan suka bersedekah, mengajarkan ilmu yang baik, menjaga aurat dan sebagainya. ii) Sebaliknya jika kita menunjukkan sikap dan perangai yang buruk kepada masyarakat, bukan sahaja kita akan mendapat kejian dan cacian malah sesiapa yang menjadikan kita

THE CAUSES OF CALAMATIES & THEIR CURES

THE PUNISHMENT FOR NOT PAYING THE SURPLUS-WEALTH TAX           It is Hazrat Ayesha’s  r.ha statement that  she heard from Holy Prophet SAW That when the wealth of Zakat mixes with other wealth,it kills and destroys the letter. Imam Syafie and Iman Bukhari report in the book entitled Tarikh that Humaidi’s interpretation of the above-mentioned hadith is that when payment of Zakat became obligatory and it was not paid. The unlawful (haram) wealth would destroy the lawful (halal) wealth. Imam Ahmad has interpreted thus that a man may demand zakat or some one may pay it, then that wealth is destroyed: there is no baraka in such wealth .       (Mirqat Sharh-e Mishkat)            The effects of certain sins have become explicit from the afore-said Hadith. (1) Famines will come by short weighing and short measuring and people will have to set themselves to sweating labour as well as suffer the ruler’s tyranny. Today we are witnessing divine chastisement with our own eyes.

Kepentingan Ilmu

Hadith : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: ”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar Huraian: Pengajaran hadis: i) Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi . Oleh itu setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada : a)     Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain b)  Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu) c)  Mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu. d)  Menghormati atau mencintai salah satu atau ketiga-tiga golongan            di atas dengan menurut jejak langkah mereka. ii) Dengan adanya sifat-sifat yang disebutkan di atas maka k

THE CAUSES OF CALAMATIES & THEIR CURES

MISFORTUNES SOMETIMES COME ALSO TO ELEVATE ONE’S RANK & POSITION           One may put a question: How come that some august people who never commit any sin,who act according to Allah’s orders and do not have any rapport with the wrong-doers, are involve in misfortunes? The answer is that misfortune or affliction is t trial. Similarly  for some it also sent to elevate ranks and increase recompense . Misfortune become mercy for the obedient. Hazrat Ayesha (r.ha says the Holy Prophet SAW  said  : “plague is a punishment . Allah SWT sent it a mercy. There was plague raging in a town; If one lived in such a town and died. He became marty. If one lived such a town considering it a recompence and did not die, even the one would be a martys.” Hazrat Aesya r.ha was saying  about the earthquake : “ If they had not repented. They would have been destroyed.” A Muslim asked : “Is there punishment for a Muslim also’? She replied: ”Not. It is a warning and a mercy for the beli

MENGINGAT AKAN MATI

Hadith : Baginda SAW bersabda:,” Aku telah memohon kebenaran untuk menmziarahi kubur ibuku.Aku sudah menerima izin untuknya.Hendaklah kalian pergi ketanah perkuburan sebab amalan ini memperingatkan mati.” Di dalam sebuah Hadith yang lain telah dinyatakan bahawa dengannya(menzirahi tanah perkuburan)akan mendatangkan pengajaran. Hazrat Abu Zar r.a  berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada beliau,” Biasakanlah dirimu untuk menzirahi tanah perkuburan.Dengannnya kamu dapat memperingati akhirat. Mandikanlah kepada mayat-mayat kerana itulah pengubatan bagi badan yang kosong (dari kebajikan). Daripadanya akan diperolehi nasihat yang besar. Sertailah solat jenazah mudah-mudahan kamu akan mendapat sedikit kegelisahan dan kesedihan kerana orang yang sedih (kebimbangan untu akhirat) adalah dibawah naungan Allah dan menjadi orang yang mencari kebaikan.”[Targhib] Hadrat Abu Haameed Lafaf Rahmatullah alaih berkata bahawa sesiapa yang banyak Menginagati mati maka tiga

Cara Wudhuk Rasulullah S.a.w

Hadith : Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya : “ Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .”         (Muslim )                       

KEPENTINGAN AMR-BIL-MA’RUF DAN NAHI- ‘ANIL MUNGKAR

Kategori :    Akidah  Hadith:  Dari Anas r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW: Diantara alamat kiamat ia-lah ilmu akan diangkat, kejahilan akan berleluasa dan minum minuman arak secara terbuka, akan tersebarnya perzinaan.      (HR Bukhari) Daripada Hazrat Anas r.a bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Laailahaillallah sentiasa memberi menfaat kepada pengucapnya dan menjauhkan mereka daripada azab dan bencana selama mana mereka tidak meringan-ringankan haknya.” Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah,apakah yang dimaksudkan dengan meringan-ringankan haknya?” Rasulullah SAW menjawab,”Apabila berlaku maksiat terhadap Allah SWT, maksiat itu tidak dicegah dan tidak juga diubah.” (HR Asbahani fittarghib) Hazrat Jarir  bin Abdullah r.a berkata,” Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya,” sekiranya hanya seorang sahaja pun yang melakukan perbuatan maksiat dikalangan sesuatu kaum sedangkan mereka berkuasa mengubahnya tetapi mereka tidak menguba

Amalan Nabi SAW Ketika Ribut

   Hazrat Aishah R. anha meriwayatkan bahawa apabila berlaku ribut dan taufan, akan zahir perubahan pada wajah Nabi SAW. Wajah Baginda  akan menjadi pucat. Baginda SAW akan berjalan keluar masuk dalam keadaan resah sambil membaca doa ini,           “Ya Allah, aku memohon daripadamu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada dalamnya dan kebaikan yang engkau kirim dengannya dan aku berlindung denganmu daripada keburukan angin ini dan keburukan yang ada dalamnya dan keburukan yang engkau kirim dengannya”.            Apabila hujan mulai turun, kegembiraan mula kelihatan pada wajah Nabi SAW. Saya bertanya, ”Wahai Rasul Allah, apabila melihat awan, semua orang akan bergembira kerana awan ialah tanda  akan turun hujan, sebaliknya tuan dalam keadaan gelisah.”         Baginda SAW bersabda, ”: Wahai Aishah, adakah aku boleh berasa yakin bahawa tidak ada azab bersama-sama angin itu? Kaum ’Ad telah diazab dengan perantaraan angin. Apabila mereka melihat awan, mereka bergembira lalu

KESAH PARA-PARA SAHABAT

Amalan Hadrat Anas R.a  Ketika Cuaca Kelam.           Hazrat Nadhr bin Abdullah r.a menceritakan,”Pada suatu ketika semasa hayat Hazrat Anas r.a cuaca menjadi sangat gelap pada waktu siang. Saya pergi menzairahi beliau dan bertanya,” Adakah peristiwa seumpama ini pernah berlaku pada zaman Rasulullah saw?”                 Beliau menjawab,” Aku berlindung dengan Allah SWT . Pada zaman Rasulullah SAW apabila angin bertiup lebih kencang daripada biasa maka kami terus berlari ke Masjid kerana takut berlaku kiamat.”        Seorang sahabat lagi, Hazrat Abu Darda r.a menerangkan ,”Menjadi kebiasaan Rasulullah SAW apabila berlaku ribut, Baginda SAW akan masuk Masjid dengan perasaan bimbang”(Jam’ul Fawaid) Keterangan:            Walau pada  hari ini berlaku sebesar-besar bencana, musibah dan bala, siapakan yang akan teringat Masjid.Adakah kita benar-benar  mengambil berat tentang perkara ini? Fikirkan dan renungkanlah jawapannya dalam hati masing -masing.

Jom Ke masjid !

Hadith : Dari Ubai bin Kaab r.a katanya:”Ada seorang lelaki yang setahuku dialah yang paling jauh tempat tinggalnya dari masjid. Walaupun begitu dia tidak pernah ketinggalan bersolat jamaah. Kata orang kepadanya:”Alangkah baiknya jika kamu membeli seekor keldai untuk tunggangan kamu di malam gelap atau di panas terik.” Dia menjawab:”Aku tidak suka tinggal berdekatan dengan masjid kerana aku ingin supaya setiap langkahku pergi dan pulang dari masjid ditulis Allah pahalanya bagiku.” Sabda Rasulullah SAW :”Allah mengumpulkan pahala semuanya itu bagi mu.” ( Muslim) Huraian Begitu indah ‘panggilan Allah’ sehingga orang yang benar-benar beriman akan segera berganjak dari kesibukan mereka untuk segera menyahut panggilan-Nya. Demikian juga banyak sekali keutamaan yang diberikan kepada mereka yang memakmurkan rumah Allah (masjid). Maka sesuai dengan kemajuan hari ini juga, banyak surau-surau dan masjid yang cantik dibina bagi memudahkan kita untuk solat berjemaah. Apatah

Tangan Di Atas Lebih Baik Daripada Tangan Di Bawah

Hadith : Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari) Huraian: BERSEDEKAH dalam Islam bukan sekadar memberi wang ringgit kepada mereka yang memerlukan. Konsep bersedekah dalam Islam adalah luas, membabitkan perkara yang membawa kebaikan sama ada dalam bentuk kerohanian mahupun fizikal. Setiap orang yang berbuat kebajikan nescaya diberkati Allah dengan dikurniakan kesejahteraan hidup dan mendapat rahmat-Nya. Allah juga akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang. Dalam surah al-Lail, Allah telah menyatakan tentang sifat kedekut dan ego di mana orang

Doa semasa hamil

Untuk para pembaca yang sedang hamil dan akan melahirkan anak, semoga doa ini menjadi panduan Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. sumber : http://mrsfirdxora.blogspot.com/

Aurat Antara Sesama Lelaki Dan Wanita

Hadith : Dari Abu said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa pakaian dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perermpuan dalam satu selimut tanpa pakaian.” (Bukhari) Huraian Pakaian adalah satu keperluan penting bagi manusia. Secara lahirnya, pakaian melindungi manusia, tetapi secara batinnya adalah lambang kemuliaan insan. Syarak mendefinisikan bahawa aurat adalah sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram dilihat. Menurut pendapat jumhur ulama’, wajib menutup aurat dalam semua keadaan sama ada pada waktu solat atau di luar solat Secara keseluruhannya empat mazhab utama dalam fiqh Islam iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali menetapkan bahawa aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut manakala bagi wanita ialah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan berdasarkan nas yan

Doa Ketika Melihat Cermin

Berdoalah setiap hari, semoga Akhlak kita sentiasa baik.   للّهُمَّ كَمَا حَسَّنْْْتَ خَلْقِيْ فَحَسِّنْ خُلُقِيْ “Ya Allah Ya Tuhanku sebagaimana Engkau telah memperelokkankan kejadianku , maka hiasilah budi pekertiku dengan akhlak yang baik”.

Menjaga Rahsia Rumahtangga

Kategori: Akidah Hadith:  Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajat padanya kemudian ia menceritakan rahsia itu.   Riwayat Ahmad Huraian Hadith:  1. Setiap yang bergelar isteri atau suami pasti mempunyai kehidupan peribadi yang dikongsi dengan pasangan masing-masing. Sebahagiannya merupakan rahsia rumah tangga yang harus dijaga dengan waspada. 2. Jika rahsia tersebut disebarkan sudah tentu salah seorang akan terdedah kepada aib, pandangan serong, kata nista, umpatan, gangguan dan sebagainya. Dengan kata lain, rahsia rumah tangga ialah sesuatu yang hanya boleh dikongsi bersama antara suami isteri atau dengan anak-anak, kerana ia melibatkan soal maruah, nasib masa depan dan keselamatan keluarga. Ini dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda yang bermaksud: "Tiadalah yang lebih memberi ma

Niat keluar rumah untuk ke tempat kerja atau pergi belajar

Motivasi yang aku dapat daripada Dato' Fadzilah, pertama, jika keluar rumah pasangkan niat untuk mencari ilmu kerana mencari ilmu adalah berjihad, kalau kita mati sekali pun dalam keadaan syahid. Kedua, pasangkan niat bekerja sehingga penat kerana barangsiapa bekerja sehingga penat, akan terbuang dosa-dosanya. Dan banyak lagi kita boleh niat yang baik-baik. Ok dah tiba waktu untuk memulakan kerja. Selamat beramal.

Pandanglah pada pandangan spiritual

Assalamualaikum, Hari ni semasa aku on the way ke office... aku dgr IKIM... Janganlah kita memandang seseorang dengan pandangan fizikal, kerana melalui situ akan timbul pelbagai prasangka buruk atau negatif. Jadi berusahalah untuk memandang melalui pandangan spiritual kerana padangan tersebut akan melahirkan kasih sayang, mendapat ramai kawan dan haiwan juga akan sayang pada kita. Contohnya, bila seseorang kawan kita datang lewat ke tempat kerja, anggaplah bahawa dia mempunyai masalah seperti kereta rosak dan lain-lain yang baik. Dari situ, emosi kita akan sentiasa dalam keadaan baik dan tidak marah. Cubalah selama seminggu, InsyaALLAH kita nampak perubahan pada diri kita. InsyaALLAH....

Doa Pembuka 12 Pintu - Terima kasih Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

Image

To find out your IP address. SEE YOUR IP ADDRESS

A little bit about your IP address (Internet Protocol address). When you connect to the internet, either via your internet service provider (Verizon, Cable Vision, etc.), or your office LAN connection, you are assigned an IP address. This address identifies your computer from the other computers on the internet. Your IP address can be either static, meaning it never changes, or dynamic, meaning each time you connect online you are assigned a new address for that session. Check with your internet service provider or network administrator to find out if your computer uses static or dynamic IP addressing. The commands below will show you the IP address of your computer. If you use a home router to connect to the Internet, the IP shown from these commands will not be your public IP address (it will

Kepentingan Menjaga Solat

Kategori:  Ibadah Hadith:  Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.    Riwayat at-Tirmidzi Huraian Hadith:  i)                      Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya. ii)                     Sesu

Doa Memasuki Tandas

Huraian Hadith: Anas bin Malik r.a mengkhabarkan:”Apabila Nabi s.a.w hendak memasuki tandas, baginda membaca :” Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari bahaya kotoran dan dari segala macam yang membahayakan.” (Bukhari) Huraian: Tandas dianggap sebagai tempat yang jijik dan kotor. Tabiat syaitan adalah menyukai tempat-tempat yang kotor seperti tandas. Oleh itu sebagai seorang Muslim, selain daripada kita disuruh supaya membaca doa keluar dan masuk tandas kita juga diwajibkan mementingkan aspek kebersihan termasuklah perkara-perkara asas seperti qadha’ hajat (buang air kecil atau besar). Islam selaku agama yang sempurna telah menyediakan tata tertib yang sepatutnya untuk diikuti demi menjamin kesihatan umatnya. Demikian juga dengan bersuci di mana tabiat tidak bersuci (tidak membasuh anggota kelamin sesudah kencing) oleh sesetengah orang yang dianggap perkara biasa sebenarnya mendatangkan azab yang amat besar di akhirat kelak sebagaimana yang disebutkan di dalam seb

Jangan Berbohong

Hadith : Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Saya dengar nabi SAW bersabda:”Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak.”   (Bukhari) Huraian Rasulullah SAW menjelaskan sifat-sifat orang munafiq, di antaranya: Apabila ia berkata, ia berbohong, apabila berjanji, ia mungkiri dan apabila diberi amanah, ia khianat. Maka wajar jika Rasulullah SAW menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar. Dalam sebuah riwayat diceritakan, telah datang kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki meminta nasihat. Lelaki itu mengaku bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina. Mendengar pengakuan jujur lelaki ini Rasulullah SAW berwasiat kepadanya:” Hanya dengan satu perkara: "Laa Takzib! (Jangan berbohong!)." Ternyata dengan menjaga untuk tetap melaksanakan nasihat Rasulullah SAW itu, lelaki ini dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalka

Renungan Hati

Renungan hati yang selalu di post kan dalam blog ini adalah untuk dikongsi bersama anda... “ DISCOVER THE BEAUTY OF ISLAM”  - Terima Kasih Ustaz Amiruddin kerana berkongsi di emel KLN...

Membanyakkan istighfar

Hadith : Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Demi Allah, kalau kamu tidak berdosa, Allah akan menjadikan satu umat lain yang melakukan dosa, lantas mereka beristighfar kepada Allah lalu diampuni dosa mereka.” (Muslim) Huraian 1. Sudah menjadi lumrah bahawa manusia itu tidak boleh lepas daripada kesalahan dan dosa. Hal ini disebabkan adanya sifat lupa, lalai, mengikut hawa nafsu, godaan syaitan dan sebagainya. 2. Sesungguhnya dosa sebenarnya bukanlah perkara yang pelik dan mengaibkan tetapi yang aibnya ialah apabila seseorang itu kekal dalam dosa tanpa rasa ingin kembali bertaubat serta memohon ampun daripada Allah SWT. 3. Oleh itu beristighfar amatlah dituntut dalam Islam kerana ia boleh menghapuskan dosa perbuatan yang dilakukan. Tetapi sayang, kita sukar sekali mengamalkan istighfar ini padahal ia sungguh ringkas dan mudah sehingga akhirnya bertambah-tambahlah dosa yang dilakukan dari sehari ke sehari lantaran kelalaian dan tabiat suka bertangguh. 4

Mengekalkan Akhlak Yang Baik

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.” Riwayat at-Tarmizi Huraian: 1.Setiap Muslim hendaklah sentiasa beramal dengan ajaran Islam yang sebenar serta bergaul rapat dengan masyarakat dengan menggunakan budi bahasa yang lembut, selalu bertolak ansur, tolong menolong dan bantu membantu dan tidak melakukan perkara-perkara yang menimbulkan sakit hati orang lain dan mendatangkan dosa seperti berbuat khianat, merompak, menipu dan seumpamanya. 2.Tabiat manusia adalah berhubungan rapat dengan keteguhan iman dan kesabarannya. Jika baik akhlak seseorang itu maka dia akan selamat daripada balasan api neraka dan begitulah sebaliknya kerana baik buruknya seseorang terletak pada sejauhmana panda