KEPENTINGAN AMR-BIL-MA’RUF DAN NAHI- ‘ANIL MUNGKAR
Kategori: Akidah
Hadith:
Dari Anas r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW: Diantara alamat kiamat ia-lah ilmu akan diangkat, kejahilan akan berleluasa dan minum minuman arak secara terbuka, akan tersebarnya perzinaan. (HR Bukhari)
Daripada Hazrat Anas r.a bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Laailahaillallah sentiasa memberi menfaat kepada pengucapnya dan menjauhkan mereka daripada azab dan bencana selama mana mereka tidak meringan-ringankan haknya.” Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah,apakah yang dimaksudkan dengan meringan-ringankan haknya?” Rasulullah SAW menjawab,”Apabila berlaku maksiat terhadap Allah SWT, maksiat itu tidak dicegah dan tidak juga diubah.”
(HR Asbahani fittarghib)
Hazrat Jarir bin Abdullah r.a berkata,” Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya,” sekiranya hanya seorang sahaja pun yang melakukan perbuatan maksiat dikalangan sesuatu kaum sedangkan mereka berkuasa mengubahnya tetapi mereka tidak mengubahnya maka Allah SWT akan menimpa ketas mereka balasan azab sebelum mereka mati,”
(Sunan Abi Daud dan Ibnu Majjah)
Hazrat Abu Hurairah r.a berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Apabila umatku membesar-besarkan dunia maka akan dicabut daripada mereka kehebatan Islam dan apabila mereka meninggalkan ‘amr-bil makruf wanaha anil-mungkar ‘, mereka akan hilang keberkatan wahyu’(kefahaman al-Quran) dan apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur daripada pandangan (rahmat) Allah SWT.)
(Kitab Durrul Manthur daripada Hakim dan Termizi)
Huraian Hadith:
Dengan merenung hadith-hadith diatas dapat diketahui bahawa meninggalkan ‘amr bil makruf dan nahi-‘anil mungkar’ adalah punca kemurkaan Allah dan laknat Allah SWT. Apabila umat ditimpa dengan pelbagai-bagai musibah yang dahsyat, penderitaan dan kehinaan. Mereka tidak lagi akan mendapat sebarang pertolongan dan bantuan ghaib daripada Allah SWT. Hal ini semuanya akan berlaku kerana mereka tidak lagi mengenali tugas asal mereka, juga lalai daripda menunaikan tanggungjawab. Inilah sebab-sebabnya nabi SAW menerangkan ‘amr bil makruf wanahi anil mungkar’ adalah sifat utama dan menjadi sebahagian daripada Iman.
Dalam hadis Hazrat Abu said Al-Khudri r.a dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa dikalangan kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya.Sekiranya tidak mampu hendaklan dia mengubahnya dengan lidahnya dan sekiranya itu pun tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya (rasa risau dan berdoa dengan kesunggohan hatinya ) dan yang demikian itu adalah selemah-lemah Iman.”
(Riwayat Muslim)
Comments
Post a Comment