KESAH PARA-PARA SAHABAT
Amalan Hadrat Anas R.a Ketika Cuaca Kelam.
Hazrat Nadhr bin Abdullah r.a menceritakan,”Pada suatu ketika semasa hayat Hazrat Anas r.a cuaca menjadi sangat gelap pada waktu siang. Saya pergi menzairahi beliau dan bertanya,” Adakah peristiwa seumpama ini pernah berlaku pada zaman Rasulullah saw?”
Beliau menjawab,” Aku berlindung dengan Allah SWT . Pada zaman Rasulullah SAW apabila angin bertiup lebih kencang daripada biasa maka kami terus berlari ke Masjid kerana takut berlaku kiamat.”
Seorang sahabat lagi, Hazrat Abu Darda r.a menerangkan ,”Menjadi kebiasaan Rasulullah SAW apabila berlaku ribut, Baginda SAW akan masuk Masjid dengan perasaan bimbang”(Jam’ul Fawaid)
Keterangan:
Walau pada hari ini berlaku sebesar-besar bencana, musibah dan bala, siapakan yang akan teringat Masjid.Adakah kita benar-benar mengambil berat tentang perkara ini? Fikirkan dan renungkanlah jawapannya dalam hati masing -masing.
Comments
Post a Comment