MENGINGAT AKAN MATI
Hadith :
Baginda SAW bersabda:,” Aku telah memohon kebenaran untuk menmziarahi kubur ibuku.Aku sudah menerima izin untuknya.Hendaklah kalian pergi ketanah perkuburan sebab amalan ini memperingatkan mati.” Di dalam sebuah Hadith yang lain telah dinyatakan bahawa dengannya(menzirahi tanah perkuburan)akan mendatangkan pengajaran.
Hazrat Abu Zar r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada beliau,” Biasakanlah dirimu untuk menzirahi tanah perkuburan.Dengannnya kamu dapat memperingati akhirat. Mandikanlah kepada mayat-mayat kerana itulah pengubatan bagi badan yang kosong (dari kebajikan). Daripadanya akan diperolehi nasihat yang besar. Sertailah solat jenazah mudah-mudahan kamu akan mendapat sedikit kegelisahan dan kesedihan kerana orang yang sedih (kebimbangan untu akhirat) adalah dibawah naungan Allah dan menjadi orang yang mencari kebaikan.”[Targhib]
Hadrat Abu Haameed Lafaf Rahmatullah alaih berkata bahawa sesiapa yang banyak
Menginagati mati maka tiga jenis kemuliaan diberikan kepadanya: : i. taufik untuk cepat bertaubat. 11. Sifat Qanaah (berpuas hati dengan mendapat yang sedikit) dari segi harta. Dan iii. Ketenangan dan kemanisan dalam beribadat . Sesispa yang lalai dari mati ditimpa 3 jenis siksaan: bertaubat dari dosa di-tangguh-tangguh: ii. Tidak puas hati dengan pendapatan (pendapatan selalu dianggap tidak cukup walau pun ianya bertambah banyak). iii. Kemalasan dalam ibadat
[Tanbihul Ghafilin]
Comments
Post a Comment