Amalan Nabi SAW Ketika Ribut

   Hazrat Aishah R. anha meriwayatkan bahawa apabila berlaku ribut dan taufan, akan zahir perubahan pada wajah Nabi SAW. Wajah Baginda  akan menjadi pucat. Baginda SAW akan berjalan keluar masuk dalam keadaan resah sambil membaca doa ini,
        
 “Ya Allah, aku memohon daripadamu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada dalamnya dan kebaikan yang engkau kirim dengannya dan aku berlindung denganmu daripada keburukan angin ini dan keburukan yang ada dalamnya dan keburukan yang engkau kirim dengannya”.
        
 Apabila hujan mulai turun, kegembiraan mula kelihatan pada wajah Nabi SAW. Saya bertanya, ”Wahai Rasul Allah, apabila melihat awan, semua orang akan bergembira kerana awan ialah tanda  akan turun hujan, sebaliknya tuan dalam keadaan gelisah.”
       
Baginda SAW bersabda, ”: Wahai Aishah, adakah aku boleh berasa yakin bahawa tidak ada azab bersama-sama angin itu? Kaum ’Ad telah diazab dengan perantaraan angin. Apabila mereka melihat awan, mereka bergembira lalu berkata,” Awan itu akan membawa hujan untuk kami. ”Sedangkan dalam angin itu ada azab.”                                  (Durul Manthur)

Maksud Al-Quran:

”Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata,”Ini ialah awan yang membawa hujan kepada kita .”(Mendengar kata-kata yang demikian Nabi Hud Alaihissalam berkata) ”Tidak bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan ia-itu azab yang tak terperi sakitnya. Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin tuhannya .”(Setelah azab itu menimpa mereka) maka mereka menjadi(punah ranah) tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikian Kami membalas kaum yang berdosa.”                                                                           (al-Ahqaf: 24 & 25)


  Keterangan:

                Inilah sifat takut kepada Allah SWT yang ada pada diri Rasulullah SAW. Walaupun daripada sabdaan Baginda SAW sendiri menunjukkan bahawa Baginda SAW ia-lah Saiyyidul Awwalin –wal akhirin’ (yang bermaksud penghulu semua orang yang terdahulu dan terkemudian).Dalam kitab suci Al-Quran pun ada ayat yang menyatakan bahawa Allah tidak mengazab umat ini selagi Nabi Muhammad SAW ada bersama mereka. Sungguhpun Allah SWT telah berjanji sedemikian namun apabila baginda SAW melihat awan hitam dan ribut, Baginda masih teringatkan azab yang menimpa kaum yang terdahulu kerana ketakutan yang mendalam terhadap Allah SWT.

             Berdasarkan kisah ini, marilah kita renung melihat keadaan diri kita sendiri. Meski pun hampir setiap masa kita telibat dengan dosa, namun selepas melihat gempa bumi dan pelbagai macam azab yang lain, kita tidak pun terkesan dengan azab-azab itu. Kita juga tidak menyibukkan diri kita dengan bertaubat,istighfar dan solat tetapi sebaliknya kita menyibukkan diri kita dengan pelbagai kajian yang sia-sia.


Comments

  1. Ya ALLAH ampunilah dosa aku dan keluargaku... berikanlah kami kekuatan menghadapi ujian ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

GANGGUAN SEKSUAL PADA PAKAIAN

Doa Ketika Melihat Cermin