Doa Memasuki Tandas
Huraian Hadith:
Anas bin Malik r.a mengkhabarkan:”Apabila Nabi s.a.w hendak memasuki tandas, baginda membaca :” Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari bahaya kotoran dan dari segala macam yang membahayakan.”(Bukhari)
Huraian:
Tandas dianggap sebagai tempat yang jijik dan kotor. Tabiat syaitan adalah menyukai tempat-tempat yang kotor seperti tandas. Oleh itu sebagai seorang Muslim, selain daripada kita disuruh supaya membaca doa keluar dan masuk tandas kita juga diwajibkan mementingkan aspek kebersihan termasuklah perkara-perkara asas seperti qadha’ hajat (buang air kecil atau besar). Islam selaku agama yang sempurna telah menyediakan tata tertib yang sepatutnya untuk diikuti demi menjamin kesihatan umatnya. Demikian juga dengan bersuci di mana tabiat tidak bersuci (tidak membasuh anggota kelamin sesudah kencing) oleh sesetengah orang yang dianggap perkara biasa sebenarnya mendatangkan azab yang amat besar di akhirat kelak sebagaimana yang disebutkan di dalam sebuah hadith riwayat Ibnu Abbas yang menceritakan :”Nabi s.a.w berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka bersabda Rasulullah s.a.w :”Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,:”Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.” Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah. Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?” Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.” kerana membuang air tanpa bersuci atau membuang air di tempat-tempat terbuka (di tepi-tepi jalan tanpa bersuci) dilarang oleh Islam kerana ia mencerminkan adab yang kurang sopan selain mendedahkan seseorang itu kepada jangkitan penyakit.

Comments
Post a Comment