Kekayaan Bukan Harta Yang Banyak Tetapi Ianya Kekayaan Hati

Hadith: 
Rasulullah SAW telah besabda bahawa manusia menjadi kaya bukan dengan harta yang berlebihan, tetapi GHINA (Kekayaan ) yang hakiki adalah hati yang menjadi kaya. (Muttafqun alaih : begitulah dalam Mishkat )
 
Huraian Hadith: 
Maksud hadith ini jelas sekali ia-itu jika sekiranya hati seseorang itu tidak menjadi kaya maka walaupun harta yang banyak dimilikkinya perbelanjaannya akan berkurangan hingga kurang daripada perbelanjaan orang–orang fakir –miskin. Walaupun harta yang banyak dimilikkinya akan berfikir untuk menambahkannya. Kerungsingannnya untuk menambahkan harta akan melebihi kerungsingan orang-orang papa untuk menyara hidup mereka. Jika hati seseorang itu menjadi kaya walaupun hartanya sedikit jiwanya tetap tenang. Dia akan bebas dari pemikiran dan kerunsingan untuk menambahkan harta yang ada padanya.

Comments

Popular posts from this blog

Doa untuk suami dari isteri Solehah

Muqaddimah Manzil