Bersyukurlah dengan apa yang ada...

Assalamualaikum. Alhamdulillah malam ni dapat juga update blog... Semasa perjalanan ke tempat kerja tadi, sempat aku mendengar radio berkenaan kisah yang menyayat hatiku sehingga menitisnya air mata... Kisah bermula dengan sepasang suami isteri mempunyai kehidupan yang sempurna dengan agamanya dan kemewahan harta. Namun, disebalik kesempurnaan itu, mereka belum memiliki anak. Maka kedua-duanya selalu berdoa untuk memiliki cahaya mata. Si isteri dikatakan seorang yang begitu sempurna dalam menjaga rumah tangga dan tidak sukakan keadaan yang semak dll. Segalanya tersusun mengikut spek. Sehingga suatu ketika, ditakdirkan si isteri mengandung. Maka pelbagai persiapan telah dilakukan sebelum anak tersebut lahir... termasuklah menyusun baju yang dibeli dari umur 1 bulan hingga 6 bulan. Tibanya hari yang ditunggu, lahirlah anak ini. Namun, anak yang dilahirkan sungguh berbeza dengan perangai ibunya. Jika si ibu menyimpan rumah, anak tersebut akan buat sepah rumah sehingga sofa terbalik, kertas2 pantang dijumpai semua dikoyaknya... ibu masih bersabar dan berdoa semoga ALLAH mengubah sikap anaknya. Tetapi masih tidak berubah sehingga berumur 3 tahun.

Suatu hari, kawan si ibu menelefon utk datang ke rumah, si ibu pun mengemas rumah. Selesai mengemas, si ibu terus ke dapur utk menyediakan makanan. Si ibu kembali ke ruang tamu dan didapati keadaan begitu berselerak dengan kertas bertaburan dan sofa tunggang terbalik. Maka hilang sabar si ibu dan terus mengejar anaknya yang cuba melarikan diri kerana takut dimarahi. Anak tersebut berlari ke luar rumah sambil dikejar si ibu dan tiba2 dummm.... percikan darah terkena pada si ibu. Si ibu cepat2 membawa anak tersebut ke hospital dengan harapan dapat diselamatkan. Akhirnya, doktor memberitahu anak tersebut telah meninggal dunia... Si ibu pulang ke rumah dengan menabur kertas2 di sekeliling rumah dan sambil berkata inilah nikmat yang patut disyukuri... Nikmat hanya datang sekali sekala, tapi syukur kenalah selalu... Selama ini dia terlupa untuk bersyukur kerana memiliki anak yang mempunyai perangai yang berbeza...Semoga kita sentiasa bersyukur atas apa yang dikurniakan......


Comments

  1. Sedihnya dayah... betul tuh..kita patut bersyukur dengan keadaan kita... jgn mudah lupa diri bila dikurniakan nikmat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa untuk suami dari isteri Solehah

GANGGUAN SEKSUAL PADA PAKAIAN