Pentingnya Solat Dalam Kehidupan

Assalamualaikum. Hari ni aku betul2 kagum apabila mendengar motivasi daripada Dr. HM Tuah. Kata beliau anak2 buah yang bekerja di ofisnya, sekiranya tidak menunaikan solat, dipersilakan keluar dari ofis. Betapa beliau menitikberatkan solat. Semoga Allah sentiasa merahmati beliau. Dr. juga tidak respect orang yang berpelajaran tinggi, bekerja dengan pangkat tinggi tetapi solat diabaikan. Aku benar2 insaf bila memikirkan semua ini. Semoga menjadi panduan untuk kita semua pada masa sekarang dan akan datang. Sama2 lah kita menunaikan yang wajib... apa guna kalau kita hanya berdisiplin dalam bekerja, membuat jadual perancangan dalam urusan pekerjaan tapi bila urusan solat kita tidak berdisiplin... renung2kanlah diriku dan juga para sahabat yang lain...


sumber daripada : panaspedih.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Doa untuk suami dari isteri Solehah

GANGGUAN SEKSUAL PADA PAKAIAN