ANCAMAN MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT 3 HARI BERTURUT
Hadith : Dari Abu AlJa’d Addamiri R.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang meninggalkan (sembahyang Jumaat) sebanyak 3 jumaat, dengan keadaan sengaja meringan-ringankan dan mencuaikannya, nescaya Allah metrikan atas hatinya”. {Hadis Sohih Riwayat Abu Daud} Demikin beratnya orang yang meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali dengan ketiadaan uzur yang dibenarkan oleh syara’. Ia dicop atas hatinya sebagai seorang yang dimurkai Allah SWT dan buruk kesudahannya . Orang yang demikian , tidak ada jalan lain selain daripada segera bertaubat dengan mengerjakan sembahyang Jumaat yang telah diwajibkan Allah SWT yang maha limpah rahmatnya dan mengampuni dosanya.