Bersyukurlah dengan apa yang ada...
Assalamualaikum. Alhamdulillah malam ni dapat juga update blog... Semasa perjalanan ke tempat kerja tadi, sempat aku mendengar radio berkenaan kisah yang menyayat hatiku sehingga menitisnya air mata... Kisah bermula dengan sepasang suami isteri mempunyai kehidupan yang sempurna dengan agamanya dan kemewahan harta. Namun, disebalik kesempurnaan itu, mereka belum memiliki anak. Maka kedua-duanya selalu berdoa untuk memiliki cahaya mata. Si isteri dikatakan seorang yang begitu sempurna dalam menjaga rumah tangga dan tidak sukakan keadaan yang semak dll. Segalanya tersusun mengikut spek. Sehingga suatu ketika, ditakdirkan si isteri mengandung. Maka pelbagai persiapan telah dilakukan sebelum anak tersebut lahir... termasuklah menyusun baju yang dibeli dari umur 1 bulan hingga 6 bulan. Tibanya hari yang ditunggu, lahirlah anak ini. Namun, anak yang dilahirkan sungguh berbeza dengan perangai ibunya. Jika si ibu menyimpan rumah, anak tersebut akan buat sepah rumah sehingga sofa terbalik, kerta...