Posts

Kekayaan Bukan Harta Yang Banyak Tetapi Ianya Kekayaan Hati

Hadith:  Rasulullah SAW telah besabda bahawa manusia menjadi kaya bukan dengan harta yang berlebihan, tetapi GHINA (Kekayaan ) yang hakiki adalah hati yang menjadi kaya. (Muttafqun alaih : begitulah dalam Mishkat )   Huraian Hadith:  Maksud hadith ini jelas sekali ia-itu jika sekiranya hati seseorang itu tidak menjadi kaya maka walaupun harta yang banyak dimilikkinya perbelanjaannya akan berkurangan hingga kurang daripada perbelanjaan orang–orang fakir –miskin. Walaupun harta yang banyak dimilikkinya akan berfikir untuk menambahkannya. Kerungsingannnya untuk menambahkan harta akan melebihi kerungsingan orang-orang papa untuk menyara hidup mereka. Jika hati seseorang itu menjadi kaya walaupun hartanya sedikit jiwanya tetap tenang. Dia akan bebas dari pemikiran dan kerunsingan untuk menambahkan harta yang ada padanya.

Bekas ahli neraka

Kategori:  Akidah  Hadith:  Dari Anas bin Malik r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:  Keluar satu kaum dari neraka sedangkan kulit mereka telah hitam kerananya. Mereka masuk ke dalam syurga, sedangkan isi syurga menamakan mereka ˜orang-orang dari jahannam'.  Riwayat: (al-Bukhari) Huraian Hadith:  Pernahkah kita membayangkan tentang neraka? Tentang kegelapan neraka yang sangat pekat? Rasulullah bersabda : Api neraka dinyalakan seribu tahun hingga memerah, kemudian dinyalakan lagi seribu tahun hingga memutih dan dinyalakan lagi seribu tahun hingga berwarna hitam. Dan jadilah neraka itu gelap pekat.  Pernahkah pula kita membayangkan tentang minuman ahli neraka? Allah berfirman ..dan dia akan diberi minuman dengan air nanah, diminumkannya air nanah tersebut..  (Ibrahim: 16) Rasulullah bersabda : Ketika didekatkan ke mulutnya maka mulutnya terbakar dan kulit kepalanya menggelupas. Dan ketika dia meminumnya, maka terputuslah ususnya se...

Amalan Yang Berkat

Kategori: Akhlak Hadith:  Dari Ibnu Mas'ud RA bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: "Manakah amal yang lebih utama?" Beliau menjawab: "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah ."  Riwayat: Bukhari Huraian Hadith:  Di dalam al-Qur'an dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah SWT.  Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya. Beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya amat besar ganjarannya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak ...

Kebinasaan Berlaku Tidak Mengira Sesiapa Masa dan Tempat

Kategori: Akidah  Hadith:  Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: Bakal ada tentera yang akan menyerang Ka'abah, tetapi ketika mereka sampai disuatu tempat lapang, tiba-tiba ia dibinasakan semuanya , baik yang pertama hingga yang terakhir.'Aisyah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana dibinasakan semuanya, padahal disitu ada orang-orang yang tidak ikut serta, iaitu orang yang sedang dipasar dan lain-lainnya? Jawab Nabi di binasakan semua, kemudian dibangkitkan menurut niat masing-masing. Riwayat Bukhari Muslim Huraian Hadith:  Kebinasaan yang menimpa pada suatu daerah akan mengenai yang bersalah dan yang tidak bersalah, orang yang baik dan orang yang tidak baik, ia akan mengenai semuanya apabila kecelakaan itu berlaku. Di suatu zaman, akan berlaku penyerangan atau pertempuran diantara golongan atau puak ditempat yang disasarkan, yang melibatkan ramai terkorban. Dan ramai yang telah cedera akibat pertempuran itu. Perhitungan atau balasan diakhirat ke...

KEPENTINGAN MASJID DAN MENGIMARAHKANNYA

  Kategori: Ibadah  Hadith: Dari Uthman , r.a , katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membina sesebuah masjid (atau surau) secara ikhlas kerana Allah, nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah di Syurga.  Riwayat Bukhari dan Muslim Huraian Hadith:  1.Masjid dan surau menjadi pusat perhimpunan yang menyatupadukan umat Islam sama ada bagi mengerjakan ibadat, menuntut ilmu dan menerima nasihat pengajaran demi kebaikan dan keselamatan di dunia dan di akhirat 2. Ia usaha pertama dibuat semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah 3. Masjid perlu dimakmurkan dengan pelbagai program agar mendapat rahmat dan hidayah Allah sentiasa.

Setiap Penyakit Ada Penawarnya

Kategori:  Ibadah  Hadith:  Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram. Riwayat: (Abu Daud) Huraian Hadith:  1. Setiap penyakit ada ubatnya, jika bersesuaian ubat tersebut, maka ia akan sembuh dengan izin Allah S.W.T. 2. Meskipun Islam mengharamkan penggunaan bahan-bahan tertentu seperti najis, air kencing, alkohol dan sebagainya untuk tujuan perubatan namun terdapat keadaan di mana seseorang itu diberi keharusan (rukhsah) untuk berbuat demikian iaitu bilamana berada dalam peringkat darurat (kecemasan) dan tiada lagi ikhtiar-ikhtiar lain yang boleh dilakukan. Atau dengan lain perkataan diharuskan untuk yang terpaksa. 3. Dalam masalah ini pengambilan benda-benda yang haram sebagai ubat hendaklah sekadar perlu sahaja bagi menyembuhkan penyakit yang menimpa. Manakala rawatan terseb...

Kisah Para Sahabah

Para Sahabah R.a Segera Menutup Kedai Pada Waktu S olah           Pada suatu hari Hazrat ‘Abdullah bin ‘Umar R. anhuma berada di pasar ketika masuk waktu solah. Beliau melihat semua orang telah menutup kedai masing-masing dengan segera dan terus masuk ke dalam Masjid. Beliau berkata, ”Untuk mereka inilah ayat, bermaksud  ”Lelaki  yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli daripada mengingati Allah dan mendirikan solah” (An.Nur A.37) Hazrat Abdullah Bin Abbas R.anhuma berkata ,”Mereka ialah orang sibuk dengan perniagaan,jual beli dan lain-lain tetapi sebaik sahaja mendengar azan  , mereka telah meninggalkan segala sesuatu dengan serta merta dan terus pergi ke Masjid.” Dalam  riwayat yang lain beliau berkata,”Demi Allah mereka inilah orang yang perniagaanya tidak menghalang daripada  mengingati Allah SWT” Pada suatu hari, Hazrat ”Abdullah bin Mas’ud r.a pergi kepasar ketika azan dilaungkan...