Posts

KELEBIHAN HARI JUMAAT

Hadith : Dari Abu Hurairah R.a meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah SAW satu ketika pada hari Jumaat bersabda:” Wahai orang-orang Islam, Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan hari ini sebagai Hari Raya untuk kamu, oleh itu mandilah kamu dan lazimkanlah dengan bersugi gigi”, (HR Tabrani) Dari Abu Umamah R.a meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah SAW bersabda; ” Sesungguhnya mandi paha hari Jumaat itu menggugurkan dosa-dosa sehingga ke akar rambut (dan bulu-bulu roma). (HR Tabrani, Majma’u Azzawaid) Dari Abdullah ibn Amar  ibn As R. anhuma meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda:” Barangsiapa mandi pada hari Jumaat dengan sempurna kemudian pergi ke Masjid lebih awal untuk bersembahyang Jumaat, duduk berhampiran dengan Imam dan mendengar khutbah Jumaat dengan penuh tawajjuh dan sentiasa senyap mendengarnya, maka setiap langkah yang dilangkahi untuk datang ke Masjid akan diberi ganjaran satu tahun pahala tahajud dan satu tahun pahala puasa”. (HR. Musnad ...

BERISTIGHFAR UNTUK JALAN KELUAR DARI SETIAP KESULITAN SERTA MENJAUHKAN PIKIRAN YANG BERCELARU DAN RESAH (STRES)

Hadith:  Dari Ibnu Abbas R.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW: Barang siapa yang melazimkan istighfar , maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesempitan, kelapangan dari setiap kegelisahan, dan memberinya rezqi dari arah yang tidak disangka-sangka.” {Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah} Huraian: Betapa besar dan manfaat dan keberkahan yang diperoleh dari membaca istighfar sebanyak-banyaknya . Betapa banyak orang yang telah bersusah payah siang dan malam membanting tulang mencari ketiga hal tersebut, sementara mereka lupa membaca istighfar. Pada hal ini adalah resepi yang amat mudah serta diyakini kebenaran dan keberhasilan jika diamalkan dan digunakan dengan benar-benar, kerana inilah janji Allah SWT dan Rasulnya. Wahai Manusia, ketahuilah bahawasanya kejayaan dan kebahagiaan hanya diletakkan oleh Allah SWT dalam agama yang sempurna. Yakni sejauh mana Kita mentaaati seluruh perintah Allah SWT, bererti kita mengamalkan agam...

Kenapa kita stres??

SUDAHLAH kelam-kabut ke tempat kerja kerana terlambat bangun tidur, di perjalanan pula berlaku kemalangan yang menyebabkan kesesakan teruk. Dalam hati sentiasa berdoa supaya lalu lintas segera pulih bagi membolehkan diri cepat sampai ke pejabat. Namun masa semakin menginjak sedangkan kereta masih tidak bergerak dan ada kala merangkak-rangkak. Aduh, kacau dibuatnya. Keadaan begini pastinya membuatkan seseorang stres dan membayangkan alangkah baiknya jika kenderaan yang anda pandu boleh terbang bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Ahli psikologi klinikal Gleneagles Kuala Lumpur, Maureen Lim, berkata stres atau tekanan ialah tindak balas fizikal, emosi dan mental terhadap sebarang perubahan atau tuntutan yang melebihi had atau kapasiti kemampuan seseorang. Pelbagai punca menyebabkan stres dan ia berbeza bagi setiap individu atau masa. Walaupun stres sering dikaitkan dengan sesuatu yang negatif, kadangkala ia boleh memberi motivasi untuk kita memperbai...

MEMELIHARA RAHSIA ORANG ISLAM

Dikeluarkan oleh Abu Nuai’m di dalam Al-Hilyah daripada Umar R.a katanya:” Anak perempuanku, Hafsah telah menjadi janda akibat kematian suaminya yang bernama Khunais bin Huzafah As-Sahmi R.a,  yang merupakan salah seorang sahabat Rasullullah SAW yang turut menyertai peperangan Badar . Beliau telah meninggal dunia di Madinah. Oleh yang demikian , aku menemui Abu Bakar R. a Dan berkata kepadanya : “ Jika kamu mahu, aku akan mengahwinkan kamu dengan Hafsah binti Umar,” Tetapi Abu Bakar  R.a tidak memberikan sebarang jawapan kepadaku. Aku pun menunggu-nunggu jawapan beberapa malam hinggalah Rasullullah SAW masuk meminang Hafsah bagi dirinya. Justeru itu, aku pun menikahkan Rasullullah SAW dengan Hafsah.                 Kemudian dari itu, Abu bakar R.a telah menemuiku dan berkata:” Aku kira sejak kamu menawarkan perkahwinan Hafsah denganku dan tindakanku untuk mendiamkan diri tanpa memberi sebar...

Kelebihan Surah Al-Waqi’ah (Jalan Keluar Kersempitan Hidup dan Menghindari Dari Kefakiran)

Hadith:  Ibnu Mas’ud R.a meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda: “ Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi’ah pada setiap malam, tidak akan diitimpa kepadanya  kefakiran ” Ibnu Mas’ud R.a telah menyuruh anak-anak perempuan beliau membaca surah ini pada setiap malam. Keterangan: Kelebihan-kelebihan Surah Al-Waqi’ah juga diberikan didalam beberapa banyak hadith. Ada  satu riwayat yang memberi kesan bahawa sesiapa yang membaca surah Al-Hadid, Surah Al-Waqi’ah dan Surah  Ar- Rahman, akan dihisab sebagai penghuni-penghuni Jannatul Firdaus (tingkat syurga yang paling tertinggi) . Didalam Hadith yang lain  ada dinyatakan bahawa “ Surah Al-Waqi’ah ial-lah Surah Al-Ghina . Bacalah ia dan ajarkanlah kepada anak-nak kamu.” Riwayat yang lain menyebut: “ Ajarkanlah kepada isteri-isteri kamu”. Hazrat Aisyah R.ha diberitakan telah menegaskan akan pembacaannya. Tetapi malangnya kita yang serba lemah ini hanya membacanya untuk keuntungan dunia ...

MENGINGAT AKAN MATI

Hadith : Baginda SAW bersabda:,” Aku telah memohon kebenaran untuk menziarahi kubur ibuku. Aku sudah menerima izin untuknya. Hendaklah kalian pergi ketanah perkuburan sebab amalan ini memperingatkan mati.”  Di dalam sebuah Hadith yang lain telah dinyatakan bahawa dengannya (menzirahi tanah perkuburan)akan mendatangkan pengajaran. Hazrat Abu Zar R.a  berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada beliau,” Biasakanlah dirimu untuk menziarahi tanah perkuburan. Dengannnya kamu dapat memperingati akhirat. Mandikanlah kepada mayat-mayat kerana itulah pengubatan bagi badan yang kosong (dari kebajikan). Daripadanya akan diperolehi nasihat yang besar. Sertailah solat jenazah mudah-mudahan kamu akan mendapat sedikit kegelisahan dan kesedihan kerana orang yang sedih (kebimbangan untu akhirat) adalah dibawah naungan Allah dan menjadi orang yang mencari kebaikan.”[Targhib] Hadrat Abu Haameed Lafaf Rahmatullah alaih berkata bahawa sesiapa yang banyak Mengingati m...

KEPENTINGAN AWAL WAKTU DIHARI JUMAAT

Dari Abu Hurairah R.a meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah SAW bersabda:  “Apabila tiba hari Jumaat malaikat akan berdiri dipintu masjid dan akan menulis orang-orang yang datang kemasjid. Orang yang datang dahulu akan ditulis dahulu dan orang yang datang kemudian akan ditulis kemudian, (begitulah seterusnya). Orang datang diawal hari ganjarannnya adalah seumpama orang yang bersedeqah seekor unta, dan selepas daripada itu adalah seperti seorang bersedaqah seekor lembu, dan selepas daripada itu seperti seorang yang bersedaqah seekor kibas, dan selepas daripada itu dalah seperti seorang bresedaqah seekor ayam. Dan slepas daripada itu adalah seperti seorang yang bersedaqah sebiji telur .Dan apabila Imam datang untuk membaca Khutbah maka malaikat akan menutup buku catitannya dan mereka semua sibuk mendengar khutbah”. {Hadis Riwayat Bukhari}