Kelebihan Surah Al-Waqi’ah (Jalan Keluar Kersempitan Hidup dan Menghindari Dari Kefakiran)

Hadith: 

Ibnu Mas’ud R.a meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda:
“ Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi’ah pada setiap malam, tidak akan diitimpa kepadanya  kefakiran ”
Ibnu Mas’ud R.a telah menyuruh anak-anak perempuan beliau membaca surah ini pada setiap malam.

Keterangan:

Kelebihan-kelebihan Surah Al-Waqi’ah juga diberikan didalam beberapa banyak hadith. Ada  satu riwayat yang memberi kesan bahawa sesiapa yang membaca surah Al-Hadid, Surah Al-Waqi’ah dan Surah  Ar- Rahman, akan dihisab sebagai penghuni-penghuni Jannatul Firdaus (tingkat syurga yang paling tertinggi) .

Didalam Hadith yang lain  ada dinyatakan bahawa “ Surah Al-Waqi’ah ial-lah Surah Al-Ghina. Bacalah ia dan ajarkanlah kepada anak-nak kamu.”

Riwayat yang lain menyebut: “ Ajarkanlah kepada isteri-isteri kamu”.

Hazrat Aisyah R.ha diberitakan telah menegaskan akan
pembacaannya.

Tetapi malangnya kita yang serba lemah ini hanya membacanya untuk keuntungan dunia secebis ini. Namun sekiranya kita membacanya  untuk memenuhi kepuasan rohani (jiwa dan hati) untuk maksud akhirat, maka dengan sendirinya keuntungan-keuntungan dunia akan datang kepada kita secara automatik.

Juz 27 (96 Ayat)

Comments

Popular posts from this blog

Doa untuk suami dari isteri Solehah

GANGGUAN SEKSUAL PADA PAKAIAN