MEMELIHARA HATI DARI SIFAT TIDAK IKHLAS DAN HASAD

Kisah Abdullah bin Amru R.a  dan Seorang Lelaki
Yang Telah Diberi Khabar Bahawa
Beliau Adalah Ahli Syurga

Telah dikeluarkan oleh Ahmad dengan isnad hassan dan An-Nasa’ei
Daripada Anas bin Malik R.a katanya :” Kami telah duduk bersama-sama Rasullullah SAW  Tiba-tiba Rasullullah SAW pun bersabda “ Telah muncul dihadapan kamu seorang lelaki daripada ahli Syurga.”Kelihatan seorang lelaki Ansar yang mengurut-urut janggutnya dengan basahan air wuduk sambil beliau memegang sepasang kasutnya ditangan kirinya. Keesokan harinya , sekali lagi baginda Rasullullah SAW bersabda sedemikian rupa , dimana sekali lagi lelaki itu hadhir seumpama kali yang pertama .Pada hari yang ketiga , Rasullullah SAW  juga telah bersabda dengan perkara yang sama . Lelaki itu muncul juga seumpama kemunculannya pada kali yang pertama.

                    Apabila Rasullullah SAW keluar daripada majlisnya, Abdullah bin Amru R.a pun mengikuti lelaki Ansar itu dan bertanya kepadanya: “ Sesungguhnya aku telah bergaduh dengan bapaku, maka aku bersumpah tidak akan kembali menemuinya selama tiga hari.Jika kamu membenarkan,izinkanlah aku menumpang dirumahmu selama tiga hari.” Lelaki Ansar itu pun membenarkan Abdullah bin Amru R.a menumpang dirumahnya selama tiga hari.

Anas berkata:” Abdullah telah menceritakan bahawa beliau telah menghabiskan tiga malam tidur dirumah lelaki Ansar tersebut. Aku tidak pernah melihatnya bangun malam untuk bersolat melainkan aku mendengar beliau menyebut “Allahu Akbar” setiap kali mengalih-alihkan badannnya sewaktu tidur hinggalah beliau bagun untuk solat Subuh. Abdullah berkata : “ Melainkan aku hanya mendengar beliau bercakap tentang kebaikan.” Apabila tiga malam berlalu, aku hampir memperkecil-kecilkan amalannya , lalu aku berkata kepadanya:” Wahai hamba Allah, aku tidak bergaduh dengan bapaku dan keluar dari rumah, akan tetapi aku mendengar bahawa  Rasullullah SAW telah bersabda berkenaan dirimu sebanyak tiga kali: “ Telah muncul dihadapan kamu seorang lelaki ahli syurga .” Setipa kali Rasullullah SAW mengucapkan kata-kata tersebut, kamu telah muncul. Oleh yang demikian aku pun bercadang untuk mengetahui apakan amalan yang telah kamu lakukan yang menyebabkan Rasullullah SAW bersabda sedemikian.”

            Lelaki Ansar itu berkata :”Tiada amalan lain yang aku lakukan melainkan apa yang kamu persaksikan.” Apabila aku berpaling darinya, beliau pun memanggilku dan berkata :”Tiada amalan lain yang aku lakukan melainkan apa yang telah kamu saksikan dan aku tidak pernah menyimpan rasa dendam atau hasad kepada seseorangpun di-atas kebaikan yang telah dikurniakan Allah kepadanya.” Abdulllah R.a pun berkata,”Inilah amalan yang menyebabkan Rasulullah SAW bersabda sedemikian tentang diri kamu.”

{Diriwayatkan oleh Abu Ya’la dan Al –Bazar seumpama dengannya dan beliau menamakan lelaki Ansar itu sebagai Sa’ad.}

Comments

Popular posts from this blog

Doa untuk suami dari isteri Solehah

GANGGUAN SEKSUAL PADA PAKAIAN