Membenci Dosa Yang Dilakukan Bukannya Membenci Si Pendosa
Larangan Abu Ad-Darda’ R.a dari mencerca pendosa:
Dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Abu Qalabah bahawa Abu Ad-Darda’ R.a telah melewati seorang lelaki yang telah melakukan dosa.
Orang ramai telah mencercanya. Oleh itu, Abu Ad-Darda’ R.a pun bertanya kepada mereka:”Jika kamu menjumpainya didalam sebuah telaga, adakah kamu akan mengeluarkannya dari telaga tersebut?”. Mereka menjawab”Ya.”
Abu Ad-Darda’ R.a pun berkata:” Oleh yang demikian, janganlah kamu mencerca saudara kamu dan hendaklah kamu semua memuji Allah SWT yang memaafkan kamu!” Mereka pun berkata :”adakah kamu tidak membencinya.” Abu-Addarda’R.a menjawab:” adapun aku hanya membenci amalan buruknya itu dan sekiranya beliau meninggalkan amalan buruknya, maka beliau adalah saudaraku.”
{Sebagaimana dalam Al-Kanz. Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim didalam kitab Al-Hilyah daripada Abu Qalabah seumpama dengannya.}
Comments
Post a Comment