MEMELIHARA RAHSIA ORANG ISLAM

Dikeluarkan oleh Abu Nuai’m di dalam Al-Hilyah daripada Umar R.a katanya:” Anak perempuanku, Hafsah telah menjadi janda akibat kematian suaminya yang bernama Khunais bin Huzafah As-Sahmi R.a,  yang merupakan salah seorang sahabat Rasullullah SAW yang turut menyertai peperangan Badar . Beliau telah meninggal dunia di Madinah. Oleh yang demikian , aku menemui Abu Bakar R. a
Dan berkata kepadanya : “ Jika kamu mahu, aku akan mengahwinkan kamu dengan Hafsah binti Umar,” Tetapi Abu Bakar  R.a tidak memberikan sebarang jawapan kepadaku. Aku pun menunggu-nunggu jawapan beberapa malam hinggalah Rasullullah SAW masuk meminang Hafsah bagi dirinya. Justeru itu, aku pun menikahkan Rasullullah SAW dengan Hafsah.
                Kemudian dari itu, Abu bakar R.a telah menemuiku dan berkata:” Aku kira sejak kamu menawarkan perkahwinan Hafsah denganku dan tindakanku untuk mendiamkan diri tanpa memberi sebarang jawapan kepada tawaran itu telah membuatkan kamu sakit hati kepadaku”. Aku pun berkata kepadanya: “ Benar seperti kata-katamu itu,” Oleh yang demikian tiadalah sesuatu yang menghalangku untuk memberi jawapan kepada tawaranmu  itu melainkan aku telah mendengar bahwa Rasullullah SAW telah berkata-kata mengenai Hafsah. Oleh itu,  aku tidak mahu menyibarkan rahsia Rasullullah SAW . Sekiranya  baginda tidak mengahwini Hafsah, aku akan megahwininya.”

{Dikeluarkan oleh Ahmad, Ibnu Sa’ad, Al-Bukhari, An- Nisaa’ie, Al-Baihaqi,  
Abu Ya’la dan Ibnu Hibban dengan tambahan, sebagaimana dalam Al-Muntakhab.}

Comments

Popular posts from this blog

Doa untuk suami dari isteri Solehah

GANGGUAN SEKSUAL PADA PAKAIAN